Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Vivo V20 SE hadir bersama pengecasan pantas 33W dan kamera depan 32MP

Vivo Malaysia hari ini melancarkan Vivo V20 SE, model pertama dalam keluarga V20 ke Malaysia. Ia menampilkan rekaan badan berkilauan, dengan fokus pada kamera hadapan.

Telefon ini akan mula dijual di Malaysia pada 24 September 2020, dengan harga RM1,199. Vivo turut memberikan hadiah percuma bernilai RM199 untuk pembelian dari 24 September hingga 2 Oktober 2020.

Vivo V20 SE dikuasakan pemproses kelas pertemgahan, Snapdragon 665 bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya dari jenis AMOLED bertakuk, seluas 6.44-inci HD penuh.

Vivo menekankan kehebatan kamera pada V20 SE. Di belakang, ia ada 3 kamera menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultralebar 8MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 32MP. Mod Super Night yang memberi gambar lebih cerah waktu malap, ada di kamera dan belakang.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,100mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Terdapat dua warna boleh dipilih jntuk Vivo V20 SE, Gravity Black dan Oxygen Blue.

Jika anda berminat untuk memiliki Vivo V20 SE, anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan menonton sesi FB Live Vivo V20 SE di Facebook Vivo Malaysia, pada 25 September 2020, pukul 8 malam. Hadiah utamanya ialah Vivo V20 SE dan beberapa hadiah lain turut disediakan.

Sebenarnya spesifikasi Vivo V20 SE tidak jauh berbeza dengan Vivo S1 Pro, yang dilancarkan tahun lepas. S1 Pro dikuasakan cip Snapdragon 665, RAM 8GB, Storan 128GB, skrin Super AMOLED, kamera utama 48MP dan bateri 4,500mAh. Kekurangannya ialah pengecasan pantas 18W. S1 Pro masih dijual di Malaysia pada harga RM1,099.

BACA  Tiga perkakas Razer dihiasi Pikachu ini boleh dibeli di Malaysia