• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo S1 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:00 pm
  • 03/12/2019
  • Komen
Vivo S1 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo S1 dulu diumumkan dalam bulan Julai 2019. Menjelang penghujung tahun, Vivo mengumumkan Vivo S1 Pro pula. Berbanding S1 yang asal, edisi Pro ini ada satu kunci perbezaan pada fizikaliti iaitu pada rupa kamera belakang segaya ketupat untuk tempatkan kuadkamera belakangnya. Bahagian depan masih kekalkan konfigurasi ekakamera bersama-sama panel 6.38″ FHD+ Super AMOLED.

Vivo S1 Bersaing Dalam Kelas Midrange Dengan Bateri Besar Dan Kamera AI 32MP

Beralih ke bahagian papan utama, kelihatan SoC telah ditambah baik. Berbanding Helio P65 pada Vivo S1 asal, edisi Pro kali ini menggunakan Snapdragon 665. Ia unit yang sama boleh ditemui dalam telefon seperti Realme 5, Xiaomi Mi A3, Oppo A9 2020, Redmi Note 8, dan beberapa lagi. Kapasiti RAM telah dipertingkat kepada 8GB tapi storan dikekalkan pada 128GB. Kalau tak cukup anda boleh luaskannya menggunakan slot hibrid di bahagian sisi telefon.



VIvo S1 Pro ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 9.2 berasaskan Android 9 Pie. Ia dikuasakan sekeping bateri berkapasiti 4,500mAh dan boleh dicas pantas melalui pengecas 18W.

Untuk gambar, ia ada empat buah kamera belakang dengan kamera utama 48MP. Tiga lagi baki kamera ialah 8MP ultralebar, 2MP untuk makro, dan 2MP untuk bokeh. Kamera selfienya sama seperti S1 asal iaitu 32MP.



Vivo S1 Pro dijual pada harga sedikit tinggi berbanding S1. Ia menerima tanda harga RM1,199 berbanding RM1,099 pada Vivo S1. Anda boleh dapatkan sebuah telefon ini b7 Disember 2019 dalam warna Knight Black dan Fancy Sky.

Kalau anda ada di sekitar Central i-City Mall pada hari tersebut, ada cabutan bertuah sempena S1 Pro Sperday. Selain cabutan bertuah, anda berpeluang menerima rebat keatas pembelian telefon.

Layari laman dalam talian jika anda berminat untuk memiliki sebuah Vivo S1 Pro

Tags: vivoVivo S1 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vivo S1 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Vivo S1 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

3 December 2019
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER