• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods

  • OLEH Najib
  • 2:53 pm
  • 14/10/2020
  • Komen
Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti biasa, selepas melancarkan iPhone yang baru, Apple akan menghentikan beberapa model lama dan menurunkan harga model yang masih dijual. Ketibaan iPhone 12 menggantikan kedudukan iPhone 11, menghentikan pengeluaran iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max, tetapi mengekalkan penjualan iPhone 11 dan iPhone XR dengan harga baru yang lebih rendah.

iPhone 11 dan iPhone XR kini dijual sehingga RM500 lebih murah dari harga sebelumnya, sekitar RM2,399 hingga RM3,599. iPhone SE 2020 pula kekal sebagai telefon pintar termurah Apple, tetapi tiada perubahan harga.



Berikut adalah harga terkini iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE 2020 di Malaysia.

iPhone 11 6.1-inci
64GB – RM3,399 RM2,899
128GB – RM3,599 RM3,099
256GB – RM4,099 RM3,599



iPhone XR 6.1-inci
64GB – RM2,899 RM2,399
128GB – RM3,099 RM2,599

iPhone SE 4.7-inci
64GB – RM1,999
128GB – RM2,199
256GB – RM2,699

iPhone 11 adalah telefon pintar yang dilancarkan tahun lepas untuk menggantikan kedudukan iPhone XR. Ia dikuasakan cip A13 Bionic dengan skrin LCD Liquid Retina HD 6.1-inci. Ia ada dua kamera belakang, gandingan kamera utama dan kamera ultra lebar 12MP, serta kamera 12MP di hadapan.

iPhone XR pula dikuasakan cip A12 Bionic, dengan skrin LCD Liquid Retina HD 6.1-inci. Ia ada satu sahaja kamera belakang 12MP dan satu lagi kamera 7MP di hadapan. Kedua-dua telefon iPhone 11 dan iPhone XR kalis air, menyokong pengecasan wayarles, serta pengecasan pantas USB-PD.

Tetapi jika anda menerima stok terbaru, semua telefon pintar iPhone termasuk iPhone 11, iPhone XR dan iPhone SE 2020 tidak lagi datang bersama kepala pengecas dan fon telinga EarPods. Di dalam kotak, hanya ada telefon dan kabel USB-C ke Lightning.

Tags: appleiphone 11iPhone SE 2020iPhone XR
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods

Apple turunkan harga iPhone XR dan iPhone 11, buang pengecas dan EarPods

14 October 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER