Kamera jenis ini bukanlah untuk kegunaan konvesional. Ia tiada skrin pun untuk anda bawa keluar berjalan. Itulah produk terbaru Panasonic yang diberi nama LUMIX Multipurposes BOX Style Camera (BHG1).
Asasnya, Panasonic telah keluarkan isi perut Lumix GH5S dan masuk hanya komponen-komponen penting dalam badan kubik BGH1 yang kompak. Badannya saja berat kurang daripada 500g.
Berikut adalah spesifikasi teknikal LUMIX BGH1:
- Sensor MFT 10.28MP
- Dual Native ISO
- Rakaman video sehingga 3K DCI & UHD sehingga 60fps
- Slow-mo sehingga 240fps
- Port I/O: SDI Out, HDMI Out, TC In, TC Out, Genlock, Ethernet+POE, Wi-Fi, Bluetooth.
Kalau anda perasan, ia miliki pelbagai port ketersambungan. Hal ini penting kerana ia tiada viewfinder apatah lagi skrin. Semua tetapan dilakukan menggunakan paparan external yang boleh anda sambungkan secara HDMI ataupun menggunakan perisian menggunakan sambungan USB-C.
Untuk apakah kamera ini?
Dalam skop kegunaan saya, kamera ini langsung tak muncul dalam radar. Tapi, aka nada golongan yang dapati kamera ini sangat berguna. Panasonic membayangkan kamera ini digunakan untuk:
- Livestreaming
- Gimbal
- Drone
- Perfileman berbilang kamera
- Pengambaran melibatkan kereta
- Sukan
- Wayang gambar
- Dokumentari
Port Ethernet dengan sokongan POE+ pada badannya membolehkan kawalan dan kuasa disalurkan menggunakan kabel RJ45 saja. Ia diterjemahkan kepada setup yang lebih bersih.
Kalau anda masih perlukan paparan, ia dengan mudah boleh diletakkan pada sejumlah port skru 2.5mm bertebaran diseluruh badan telefon ini.
Panasinuc LUMIX BGH1 dijual pada harga USD2,000 (RM8,303) di A.S dan boleh mula dibeli Disember 2020 ini. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.