• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Strim sopan Nurflix.tv akan mulakan ujian Beta percuma bulan ini

  • OLEH Najib
  • 12:36 pm
  • 19/10/2020
  • Komen
Strim sopan Nurflix.tv akan mulakan ujian Beta percuma bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan penstriman video atas talian semakin mendapat permintaan tinggi. Selain YouTube, perkhidmatan strim berbayar lain yang terdapat di Malaysia adalah seperti Netflix, Iflix, Viu, Dimsum serta Unifi TV dan Astro Go.

Bagi menyediakan kandungan yang lebih sopan dan patuh syariah, sekumpulan ahli korporat dan produksi telah bekerjasama memperkenalkan Nurflix.tv. Platform penstriman video ini dikawal selia oleh Majlis Penasihat Kandungan yang diterajui oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.



Nurflix.tv dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2021, tetapi mereka akan memulakan ujian beta untuk pengguna terpilih tidak lama lagi. Ujian Beta ini akan bermula pada 28 Oktober 2020 dan ia boleh ditonton menerusi laman web Nurflix.tv dan aplikasi Android. Aplikasi iOS pula akan tersedia pada 26 November 2020.

Pengguna yang terpilih menyertai ujian Beta Nurflix.tv berpeluang menjadi yang terawal menonton kandungan asli Nurflix.tv, yang disiarkan secara percuma. Jadual siaran kandungan yang akan disiarkan adalah seperti berikut:



  • 28 Oktober – Tausiah: Cahaya Akhlak
  • 31 Oktober – Drama: Sabili – Ali
  • 04 November – Turath: Bidayatul Hidayah
  • 07 November – Drama: The Call
  • 11 November – Turath: Hadith 40
  • 14 November – Drama: Light and Love
  • 18 November – Turath: Penawar Bagi Hati
  • 21 November – Drama: I.C.U
  • 25 November – Turath: Safinatun Najah
  • 28 November – Sitcom: The Khadijahs
  • 02 Disember – Turath: Aqidatul Awwam

Jika anda berminat untuk menjadi penguji Beta Nurflix.tv, anda boleh cuba mendaftar di laman web Nurflix.tv. Mereka yang berjaya, akan menerima emel untuk daftar masuk ke akaun ujian Beta.

Layari laman web.nurflixtv.com, Facebook, Twitter dan Instagram Nurflix.tv untuk maklumat lanjut dan mengetahui perkembangan terkini.


Tags: Nurflix
Najib

Najib

POPULAR

Strim sopan Nurflix.tv akan mulakan ujian Beta percuma bulan ini

Strim sopan Nurflix.tv akan mulakan ujian Beta percuma bulan ini

19 October 2020
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN