Anda yang menetap di Selangor bolehlah menjangkakan gangguan air yang berkurangan selepas kerajaan negeri telah sediakan bajet RM2 juta untuk mendapatkan khidmat empat dron untuk lakukan tinjauan keatas sumber air mentah negeri itu.
Empat unit dron berteknologi tinggi model DJI Matrice 300 akan digunakan mulai bulan November bagi memantau sungai di Selangor sekali gus mencegah aktiviti pencemaran sumber air. pic.twitter.com/taFpVLwKYE
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) October 19, 2020
Menurut sumber, sebanayk 4 unit dron Matrice 300 akan dikerahkan bukan saja untuk lakukan pemantauan, malah boleh juga digunakan untuk mengambil sampel air dari lokasi yang tidak mudah diakses melalui jalan darat.
Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam negeri Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi empat unit dron itu yang akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui Skuad Pantas LUAS.
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) October 19, 2020
Don ini sangat versatile kerana beban yang boleh diangkutnya bertukar-tukar mengikut keperluan misi. Di waktu malam, ia boleh bawa kamera pandang malam dan speaker untuk beri amaran pada orang yang dikesan melakukan salah laku.
Dalam waktu PKP ini saja sudah ada dua kes pencemaran sungai berlaku sehinggakan jutaan pengguna terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air. Itu belum ditambah dengan gangguan akibat paip pecah dan lain-lain gangguan berjadual.