• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AirPods Pro ada bunyi rosak? Boleh tukar percuma di Apple

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 02/11/2020
  • Komen
AirPods Pro ada bunyi rosak? Boleh tukar percuma di Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa pengguna Apple AirPods Pro melaporkan ada masalah dengan fon kepala mereka, yang menghasilkan bunyi tidak sepatutnya. Apple mengakui masalah ini dan kini menawarkan program penggantian AirPods Pro bermasalah secara percuma.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Apple, terdapat sebilangan kecil AirPods Pro yang bermasalah, dan ia dihasilkan sebelum Oktober 2020. Antara masalah yang dihadapi adalah bunyi pecah atau statik yang meningkat tinggi di dalam persekitaran bising, atau semasa bersenam atau bercakap di telefon. Masalah ini juga membuatkan penyaring hingar aktif (ANC) tidak berfungsi dengan baik.



Jika anda menghadapi masalah ini, Anda boleh membawanya ke Pusat Khidmat Apple Bertauliah untuk diperiksa secara percuma. Program penggantian AirPods Pro percuma ini, turut melibatkan Malaysia.

Pusat khidmat tesebut akan memeriksa AirPods Pro tersebut terlebih dahulu untuk memastikan ia layak menyertai program ini. Setelah disahkan, mereka akan menggantikan salah satu atau kedua-dua belah AirPods Pro secara percuma. Bekas pengecas tidak terlibat dalam masalah ini, jadi ia tidak akan ditukar.



Sekiranya anda tidak berhadapan masalah ini buat masa sekarang, anda boleh memantaunya dahulu kerana program penggantian percuma ini berjalan selama 2 tahun selepas AirPods Pro dilancarkan. Penggantian ini bagaimanapun, tidak akan memanjangkan tempoh jaminan AirPods Pro tersebut.

Senarai pusat khidmat Apple yang berkenaan di Malaysia, boleh disemak di sini. Anda digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu, memandangkan Malaysia masih berhadapan wabak COVID-19. Anda juga boleh menghubungi pusat sokongan Apple untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.

[Sumber: 9to5mac, Apple]

Tags: appleapple airpods pro
Najib

Najib

POPULAR

AirPods Pro ada bunyi rosak? Boleh tukar percuma di Apple

AirPods Pro ada bunyi rosak? Boleh tukar percuma di Apple

2 November 2020
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN