• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda tidak boleh menonton YouTube Rewind 2020, kerana ia tidak akan ditayang tahun ini

  • OLEH Najib
  • 11:05 am
  • 17/11/2020
  • Komen
Anda tidak boleh menonton YouTube Rewind 2020, kerana ia tidak akan ditayang tahun ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pada setiap hujung tahun, YouTube akan bekerjasama dengan pencipta kandungan YouTube untuk menghasilkan semula beberapa adegan dari video yang popular di YouTube untuk tahun tersebut, dipanggil sebagai YouTube Rewind. Tahun 2020 adalah tahun ke-11 untuk acara ini, tetapi YouTube mengambil keputusan untuk tidak melakukannya tahun ini.

YouTube telah mengeluarkan kenyataan bahawa YouTube Rewind yang telah mereka jalankan sejak 2010, akan direhatkan tahun ini. Acara yang diadakan untuk meraikan pencipta kandungan sepanjang tahun dirasakan tidak sesuai di 2020, kerana ini tahun yang sangat berbeza.



About Rewind this year. pic.twitter.com/oVayH8iyqG

— YouTube (@YouTube) November 12, 2020

YouTube memutuskan untuk merehatkan Rewind tahun ini, tetapi tidak lupa untuk berterima kasih kepada pencipta kandungan yang bekerja keras membantu ramai orang untuk meneruskan hidup sepanjang 2020. Sehubungan itu, beberapa pengguna membalas kenyataan tersebut dengan kata-kata sokongan kepada YouTube dan semua pencipta kandungan yang lain.

You guys support us in so many ways!! We all totally understand!!

— Lele Pons (@lelepons) November 12, 2020

Woah. I disagree. 2020 has been different. But you SHOULD still have a rewind. Come on. There are plenty of things to be positive about

— JerryRigEverything (@ZacksJerryRig) November 12, 2020

Tetapi tidak kurang juga yang gembira dengan keputusan yang diambil YouTube kali ini. Ini boleh dilihat sebagai kesinambungan dari ketidakgembiraan orang ramai terhadap edisi YouTube Rewind sebelum ini.



YouTube Rewind 2018 menjadi titik pertama amarah penonton apabila jumlah ‘dislike’ 6 kali ganda lebih banyak dari jumlah ‘like’. Bagi YouTube Rewind 2019 pula, jumlah ‘dislike’ hanya 3x ganda lebih banyak dari jumlah ‘like’.

Adakah anda termasuk dalam golongan yang kecewa dengan keputusan YouTube ini, atau rasa gembira? Apa pun, YouTube Rewind menjadi ruang untuk YouTube bekerjasama secara terus dengan pencipta kandungan terpilih sebelum akhir tahun melabuhkan tirainya.

[Sumber: YouTube]

Tags: YouTubeYouTube Rewind
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Anda tidak boleh menonton YouTube Rewind 2020, kerana ia tidak akan ditayang tahun ini

Anda tidak boleh menonton YouTube Rewind 2020, kerana ia tidak akan ditayang tahun ini

17 November 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER