• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polisi baru kerajaan ini boleh memperlambat baik pulih sambungan Internet anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:33 pm
  • 18/11/2020
  • Komen
Polisi baru kerajaan ini boleh memperlambat baik pulih sambungan Internet anda
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang secara purata, kabel dasar laut yang ada dalam negara kita perlu dibaik pulih sebanyak 6 kali setahun

Berbekalkan 1 kapal yang berupaya untuk jalankan operasi baik pulih, kita mengambil sekitar 27 hari untuk selesaikannya. Ia agak perlahan berbanding negara Fillipina (20 hari), Singapura (19 hari), dan Vietnam (12 hari).



Keadaan kabel dasar laut sekitar Malaysia

Bagi mempercepat proses tersebut, kerajaan Malaysia bermula 1 April 2019 lalu telah mengenakan pengecualian polisi cabotage keatas kapal yang membaiki kabel dasar laut. Ketika itu, individu yang bertanggungjawab ke atas arahan ini adalah Anthony Loke.

Cabotage adalah polisi Malaysia yang mengawal selia pergerakan kapal dengan pendaftaran luar, dalam perairan negara. Ia telahpun dikuatkuasakan sejak 1980.



Contoh kapal membaiki kabel dasar laut (sumber)

Dengan pengecualian cabotage ini, mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata yang proses baik pulih kabel dasar laut boleh dipendekkan kepada purata 14 hari. Pengecualian cabotage ini telah dicadangkan sendiri oleh syarikat telekomuikasi seperti TIME dotcom Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd. beserta sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Walau bagaimanapun, pengecualian itu telahpun dimansuhkan bermula 15 November 2020 oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Itu menimbulkan tanda tanya bekas Menteri Pengangkutan sebelum YB. Wee Ka Siong. Tujuan asal pengecualian cabotage keatas kapal baik pulih kabel dasar laut disamping percepat proses baik pulih, adalah untuk menarik minat pelabur asing mendaratkan kabel dasar laut ke Malaysia kerana kos selenggara yang murah.

Dalam hal yang sama, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) berterima kasih kepada YB. Wee Ka Siong kerana mengambil inisatif melindungi industri perkapalan negara.

[Sumber: MASA , gambar pemuka]

Tags: internetmalaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Polisi baru kerajaan ini boleh memperlambat baik pulih sambungan Internet anda

Polisi baru kerajaan ini boleh memperlambat baik pulih sambungan Internet anda

18 November 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN