• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C15: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:32 pm
  • 24/11/2020
  • Komen
Realme C15: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Baki tahun 2020 ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Realme. Mereka telah memperkaya telefon kelas pertengahan dengan Realme C15 yang dijual pada harga:

  • RM599 (4GB+64GB)
  • RM699 (4GB+128GB)

Anda boleh dapatkan Realme C15 bermula 12 tengah malam 25 November di gedung rasmi Realme di Shopee ataupun bermula 28 November 2020 melalui pengedar sah di seluruh negara.



Walau bagaimanapun, tarikh tersebut adalah untuk varian RM599 kerana varian RM699 akan dijual pada tarikh yang belum diumumkan.

Ada dua promosi menarik berjalan ketika itu. Promo yang pertama adalah tawraan PWP untuk miliki Realme Watch pada harga RM99 (harga asal RM299) jika anda beli melalui Shopee manakala jika beli melalui pengedar sah, anda akan terima kaki pemegang telefon.



Telefon ini ditawarkan dalam dua warna iaitu:

  • Marine Blue
  • Seagull Grey

Spesifikasi Realme C15

Realme C15 ada rekaan mirip C12 dengan modul kamera belakang berbentuk segi empat sama. Bahagian depan, ia ada paparan 6.5” pada resolusi HD+. Ia gunakan paparan bertakuk titisan air untuk tempatkan kamera 8MP.

Lagi berkaitan kamera, di bahagian belakang ia ada empat kamera belakang. Ahli-ahli kluster kamera itu ialah kamera 13MP, 8MP (ultralebar), 2MP (monokrom), dan 2MP bokeh.

Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 460 dan dibekalkan RAM 4GB. Ada dua kapasiti storan boleh didapati iaitu 64GB ataupun 128GB. Kalau tak cukup, ada tiga slot untuk masukkan 2 kad SIM dan 1 mikro-SD.

Baterinya agak besar iaitu 6,000mAh. Tapi pengecasan pantasnya cuma 18W. Jangkakan masa yang panjang untuk memenuhkan tangki baterinya.

Tags: RealmeRealme C15
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme C15: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme C15: Maklumat penjualannya di Malaysia

24 November 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN