• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelindung Otterbox untuk iPhone 12 tersedia dalam pelbagai rupa serta Pop-Top

  • OLEH Najib
  • 4:42 pm
  • 02/12/2020
  • Komen
Pelindung Otterbox untuk iPhone 12 tersedia dalam pelbagai rupa serta Pop-Top
Share on FacebookShare on Twitter

Otterbox adalah satu jenama casing tahan lasak yang tidak asing lagi di pasaran. Mereka kini telah menyediakan perlindungan untuk telefon pintar terbaru Apple, siri iPhone 12. Malah, setiap pembelian Otterbox kini turut menyumbang kepada pertubuhan terpilih.

Terdapat beberapa siri casing Otterbox boleh digunakan untuk iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max:



1. Symmetry Series – Casing ramping dan bergaya yang terdapat dalam pilihan jernih, bergambar dan berwarna-warni.

2. Otter+Pop Series – Casing pemenang anugerah ini kini boleh didapati dalam jenis lutsinar! Otter+Pop Series menampilkan PopTop bersepadu untuk keseronokan dan fleksibiliti tambahan. Otter+Pop Symmetry tersedia dalam pilihan bergemerlapan, jernih, warna dan grafik dengan PopTop boleh ditukar untuk mengekspresikan gaya anda.



3. Defender Series – Siri terbaik perlindungan muktamad untuk pengembaraan lasak setiap hari.

4. Commuter Series – Menawarkan dua lapisan perlindungan untuk kehidupan semasa. Dari bilik tidur ke ruang tamu atau rumah ke pejabat, Commuter Series melindungi model iPhone 12 dilengkapi penutup port untuk mengelakkan habuk dan kotoran luar.

5. Strada Series – Menampilkan folio kulit mewah dengan pemegang kad terbina di dalam untuk menyimpan kad dan wang tunai. Folio ini berfungsi sebagai pemegang telefon anda untuk tontonan di mana sahaja.

Otterbox juga ada menyediakan perlindungan skrin melalui kaca Amplify dan Alpha Glass. Ia bukan sahaja anti calar, malah anti berkecai untuk memastikan skrin iPhone 12 anda kekal cemerlang.

Harga Jualan

Anda boleh mendapatkan casing Otterbox untuk semua model iPhone 12 secara dalam talian di laman web otterbox.asia serta semua pengedar Otterbox di Malaysia. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Defender Series – RM 259
  • Commuter Series – RM 149
  • Symmetry Series – RM 189
  • Otter + Pop Symmetry Series – RM 239
  • Strada Series – RM 239
  • Alpha Glass – RM 129
  • Amplify Series – RM 189

Membeli Sambil Menyumbang

Otterbox kini turut menyokong pembelajaran belia dan kanak-kanak menerusi OtterCares Foundation. Dengan membeli aksesori Otterbox, anda boleh memilih untuk menyumbang kepada salah satu organisasi berikut:

  • International Youth Foundation (IYF) – berdiri bersama-sama dengan orang muda. Sebagai organisasi global dengan program yang memberikan 7.7 juta individu dan operasi yang merangkumi 100 negara, IYF bekerjasama dengan organisasi berasaskan komuniti tempatan dan rangkaian rakan korporat, memberi ruang dan peluang kepada orang muda untuk mengubah kehidupan mereka.
  • Khan Academy – sebuah organisasi 501 (c) (3) dengan misi memberikan pendidikan bertaraf dunia secara percuma kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja. Khan Academy menyediakan lebih daripada 100 juta pelajar dengan pelajaran berkualiti tinggi, perisian interaktif, latihan, video dan artikel – semuanya percuma.
  • Junior Achievement – Sebagai salah satu NGO belia yang terbesar di dunia, Junior Achievement mempersiapkan orang muda untuk pekerjaan dan keusahawanan, memberikan pengalaman, pembelajaran pengalaman dalam kesediaan bekerja, celik kewangan, dan keusahawanan.

Untuk menyumbang selepas membeli casing Otterbox, layari laman web www.otterbox.asia/giving-back.html

Tags: appleApple iPhone 12Otterbox
Najib

Najib

POPULAR

Pelindung Otterbox untuk iPhone 12 tersedia dalam pelbagai rupa serta Pop-Top

Pelindung Otterbox untuk iPhone 12 tersedia dalam pelbagai rupa serta Pop-Top

2 December 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN