MyEG adalah sebuah syarikat konsesi yang membangunkan portal dalam talian perkhidmatan kerajaan. Tapi mereka telah mengumumkan yang sedang bekerjasama dengan salah satu syarikat farmaseutikal China untuk menjadi pengedar eksklusif vaksin COVID-19 hasilan syarikat tersebut selama 3 tahun, jika vaksin itu berjaya melepas fasa 3.
Selain membantu mengendalikan ujian klinikal fasa 3 vaksin berkenaan, MyEG juga akan berusaha mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Menurut MyEG, ujian klinikal fasa 3 itu akan dipantau oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini bukanlah kali pertama MyEG ingin tembusi industri farmaseutikal. Sewaktu awal-awal COVID-19 dikesan, mereka pernah cuba membawa masuk kit ujian pantas COVID-19 tapi tidak mendapat kelulusan KKM walaupun sudah mula mengambil tempahan.
Berkaitan vaksin COVID-19, Malaysia sudahpun menempah vaksin daripada Pfizer untuk merawat sekitar 20% daripada populasi Malaysia. Selain Pfizer, Malaysia juga sedang bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal China untuk mengadakan ujian klinikal fasa 3 satu vaksin daripada sana.
Vaksin: Malaysia memperolehi portfolio vaksin #COVID19 daripada pelbagai syarikat bagi memastikan bekalan untuk negara mencukupi – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, @Khairykj#DewanRakyat #HapusCOVID19 pic.twitter.com/gwuTz7EkxS
— ??Astro AWANI?? (@501Awani) December 7, 2020
Menteri Sains dan Teknologi, YB Khairy Jamaluddin juga memaklumkan yang Malaysia miliki portfolio vaksin luasy ang diterima daripada pelbagai sumber untuk memastikan yang bila salah satu daripadanya berkesan, negara kita akan jadi antara yang pertama memanfaatkannya.