Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Myeg tawar refund untuk tempahan kit ujian pantas COVID-19

Menurut penerbitan terbaru Myeg berkaitan kit ujian pantas COVID-19, mereka kini membukan tawaran pulangan wang kepada pihak yang sudah pun lakukan tempahan untuk membelinya.

Ia hadir sejurus Pihak Berkuasa Peranti Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan yang pengiklanan serta penjualan produk tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihaknya.

Contoh kit ujian yang ingin dijual Myeg

Menurut pihak berautoriti itu lagi, sepatutnya pihak yang ingin berbuat demikian perlu miliki lesen yang sah di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 373). Salah satu tujuan perlunya lesen ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

Misalnya, kit rapid ini, menurut satu perkongsian daripada KKM, tidak sesensitif kaedah yang sedang KKM gunakan untuk mengesan COVID-19. Jika tidak sensitif, ia mungkin terdedah kepada risiko ralat positif dan seterusnya menimbulkan panik yang tidak munasabah.

Walau bagaimanpaun, jika Myeg masih berhasrat untuk menjual kit ujian pantas itu, mereka boleh memohon lesen khas daripada pihak berkuasa ataupun berdepan dengan hukuman tidak melebihi RM200,000 dan/atau penjara tidak melebihi 2 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang ingin mengetahui status pendaftara apa-apa kit ujian yang diragui, boleh menghubungi pihak berkuasa PBPP di:

Sumber: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

BACA  Perlis ganti Solat Jumaat dengan solat Zohor, Menteri Agama masih belum putuskan untuk masjid seluruh negara