• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Betulkah Kit Ujian Pantas COVID-19 Dapat Pengesahan FDA?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:56 pm
  • 24/03/2020
  • Komen
COVID-19: Kit Ujian Pantas 30 Minit Boleh Ditempah Pada Harga RM99
Share on FacebookShare on Twitter

Carian ringkas frasa “COVID-19 IgG/IgM Rapid Test” di Google menunjukkan di A.S, syarikat bernama Aytu BioScience beroleh hak mengedar eksklusif kit Rapid Test COVID-19 IgG/IgM . Tidaklah boleh dipastikan daripada jenama sama ataupun tidak, tapi sekurang-kurangnya ia adalah jenis sama yang diiklankan MyEG beberapa hari lalu.

https://kdvr.com/news/coronavirus/fda-approves-rapid-coronavirus-test-created-in-colorado/

Daripada berita yang sama, Aytu BioScience, Inc. mengatakan yang kit mereka hanya boleh digunakan di “point-of-care” ataupun golongan professional sahaja. Senang cerita, kit ini tidak disarankan digunakan oleh orang biasa seperti anda dan saya untuk buat ujian sendiri COVID-19.



Itu kalau teori produk yang diedarkan Aytu dan MyEG adalah sama. Kalau tak sama, masalah lain pula timbul.

Merujuk pada kenyataan media daripada MY E.G. Services Berhad, mereka menyatakan kit ujian yang ingin mereka edarkan di Malaysia telah memenuhi syarat-syarat untuk diberikan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) oleh pihak FDA A.S.



Yang peliknya, kenapa tajuk kenyataan media berbunyi “KIT UJIAN SEGERA COVID-19 MYEG MENERIMA KELULUSAN FDA AMERIKA SYARIKAT”?

Kalau terima lesen EUA daripada FDA, anda boleh rujuk senarai penerima di kelulusan itu di laman web FDA sendiri. Saya tak jumpa EUA untuk produk jenis ujian serologi ataupun ujian yang menggunakan sampel darah.

Sumber

Dalam hal yang berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi saluran Telegram rasmi mereka menyatakan yang pihaknya tak menggalakkan penggunaan ujian jenis ini untuk COVID-19.

Hal ini kerana, ujian daripada jenis serologi (menggunakan darah ataupun serum sebagai sampel) tidak berkesan untuk mengesan jangkitan awal COVID-19. Ujian ini hanya mencari antibodi badan yang ada kaitan dengan COVID-19 yang bermakna badan sudah lama dihinggapi virus tersebut.

Tags: COVID-19covid19FDAmyeg
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
COVID-19: Kit Ujian Pantas 30 Minit Boleh Ditempah Pada Harga RM99

Betulkah Kit Ujian Pantas COVID-19 Dapat Pengesahan FDA?

24 March 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN