• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter @BermanaTV digantung selepas SKMM mengadu akaun parodi ini mengelirukan masyarakat

  • OLEH Najib
  • 4:21 pm
  • 08/12/2020
  • Komen
Twitter @BermanaTV digantung selepas SKMM mengadu akaun parodi ini mengelirukan masyarakat
Share on FacebookShare on Twitter

Humor dan cerita komedi sering menjadi tarikan di media sosial. Kerana itu, lahir juga akaun-akaun yang membuat parodi, iaitu menyerupai seseorang yang lain tetapi dalam watak yang berbeza, untuk menghiburkan pengikut. Tetapi jika ia cuba menimbulkan syak wasangka dan memecahbelahkan masayrakat, maka tindakan akan diambil pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah mengumumkan bahawa mereka telah mendapat kerjasama pihak Twitter untuk menggantung tak bertali akaun BermanaTV (@Bermanadotcom). Menurut SKMM, akaun ini melanggar piawaian komuniti yang ditetapkan oleh Twitter.



SKMM menyuarakan penghargaan kepada Twitter kerana mengambil tindakan tersebut setelah menerima aduan mereka. SKMM mengadu kepada Twitter kerana melihat paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat dengan berselindung di sebalik nama parodi, apatah lagi seolah-olah dikaitkan dengan agensi berita nasional, Bernama.

Boleh bezakan akaun yang mana asli dan bukan?

SKMM memberi peringatan kepada semua bahawa langkah penggantungan atau pemadaman akaun sebegini bersifat reaktif dan sementara. Akaun sebegini boleh wujud semula dan orang ramai perlu berwaspada agar tidak mudah terpengaruh.



Ini bukanlah kali pertama SKMM mengadu kepada Twitter untuk mengambil tindakan terhadap akaun parodi. Pada bulan Oktober lepas, Twitter telah menggantung akaun @MyJAKlM kerana cuba menyamar sebagai JAKIM dan memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu sedemikian dan melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya. Paling penting, semak dahulu sebelum sebar. Tak pasti, jangan kongsi.

[Sumber: SKMM]

Bacaan Berkaitan

Twitter gantung akaun @MyJAKlM kerana melanggar peraturan
Kampung Gusi, Sabah terima satelit VSAT untuk sambungan internet selepas pelajar jatuh jambatan
6 syarikat telekomunikasi didenda RM700,000 kerana pendaftaran palsu SIM prabayar
Tags: BernamaSKMMTwitter
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Twitter @BermanaTV digantung selepas SKMM mengadu akaun parodi ini mengelirukan masyarakat

Twitter @BermanaTV digantung selepas SKMM mengadu akaun parodi ini mengelirukan masyarakat

8 December 2020
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER