• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pernah undur diri dan muncul semula, Sugu Pavithra antara pencipta kandungan Youtube popular 2020

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:01 pm
  • 14/12/2020
  • Komen
Pernah undur diri dan muncul semula, Sugu Pavithra antara pencipta kandungan Youtube popular 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan tahun 2020 sudah hampir tiba ke penghujungnya, maka saluran video terbesar di dunia, Youtube sudah mengeluarkan senarai video yang menjadi tontonan ramai sepanjang tahun ini di Malaysia. Ada empat kategori yang sudah dibahagikan iaitu:

  1. Video-video paling sohor (trending)
  2. Video-video muzik paling popular
  3. Pencipta kandungan paling popular
  4. Pencipta kandungan ‘Breakout’

Video-video paling sohor

Pada tahun ini, video yang paling sohor ialah video daripada saluran Changyong. Ia merupakan sebuah muzik video yang dimuatnaik pada 10 Januari 2020. Video ini sudah mencapai lebih daripada 5 juta jumlah tontonan. Ini sekaligus menjadikan video ini sebagai video pertama paling sohor di Youtube pada tahun 2020.



Saluran Youtube Dona dengan videonya Red Food VS Blue Food Challenge merupakan video kedua paling tersohor di Malaysia untuk tahun ini. Video yang berdurasi 3 minit 16 saat ini mengenai dua orang individu menikmati pelbagai jenis manisan bewarna merah dan biru. Sehingga kini, video ini sudah memperolehi lebih daripada 290 ribu jumlah tontonan.

Siaran Youtube Isaac Osman terkenal dengan kandungan makan secara langsung. Bagi kategori ini, video mukbang aiskrim yang dikongsi mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini sekaligus menjadikan video ini tempat ketiga dalam kategori video paling sohor. Video ini boleh dijadikan rujukan kepada penonton untuk membeli ais krim yang berpatutan.



  1. Changyong
  2. Dona
  3. Isaac Osman
  4. Syahmi Sazli
  5. TV3MALAYSIA Official
  6. Alieff Irfan
  7. Bros Gang TV
  8. DISSY
  9. Knowingbros
  10. Al Jazeera English

Video-video muzik paling popular

Lagu berjudul, How You Like That dari BlackPink mengungguli tangga pertama bagi kategori video muzik paling popular di Malaysia. Muzik Video yang di muat naik pada bulan Jun 2020 ini mempunyai lebih daripada 600 juta tontonan. Irama lagu ini rancak dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Video muzik BlackPink turut merangkul tempat keempat dan kelima. Video muziknya yang mendapat sambutan tersebut ialah Ice Cream dan ‘How You Like That’ Dance Performance Video.

Artis tanah air tidak ketinggalan daripada mendapat tempat dalam kategori ini. Muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali menduduki tangga kedua. Muzik video ini meraih lebih daripada 24 juta tontonan. Lagu ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Seindah 7 Warna Pelangi, TV3.

Banyak digunakan dalam tarian TikTok, video muzik Hareudang oleh Vita Alvia penyanyi Indonesia ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk di Malaysia. Ini sekaligus menjadikan video muzik ini sebagai tontonan ketiga terbanyak di Malaysia bagi tahun ini. Video Muzik Hareudang memperolehi lebih daripada 60 juta tontonan sejak dimuat naik pada bulan April yang lalu di Youtube.

  1. BlackPink – How You Like That
  2. Nabila Razali – Peluang Kedua
  3. Vita Alvia – Hareudang
  4. BlackPink – Ice Cream
  5. BlackPink – How You Like That (Dance Performance)
  6. AzzaraBand – Jaga-jaga
  7. BTS – Dynamite
  8. Harith Zazman, MFMF, Loca B – Cute (Stop Lah Being So Cute)
  9. Nabila Razali – Nabila Razali (Official Lyric Video)
  10. Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Aku Bidadari Syurgamu

Pencipta kandungan paling popular

Isa Isarb menduduki tangga pertama dalam kategori ini. Kandungan video yang sering dimuat naik mempunyai banyak unsur pengajaran, cabaran dan vlog percutian. Isa juga banyak membuat kandungan unik seperti membeli item yang mahal dan membayarnya menggunakan wang kerta RM1. Salurannya mempunyai lebih daripada 1.8 juta subscribers (pengikut).

Tangga kedua merupakan pencipta kandungan bagi saluran Jess No Limit. Video yang dihasilkan adalah berunsurkan reaksi Jess bermain permainan video di atas talian secara langsung. Antara permaian yang disertai ialah seperti Mobile Legends, Fall Guys dan Among Us. Saluran ini mempunyai lebih daripada 19 juta subscribers.

Menariknya, dua saluran pencipta kandungan resipi makanan berjaya mendapat tempat dalam kategori ini. Mereka ialah Sugu Pavithra dan Che Nom. Masing-masing mempunyai lebih daripada 800 ribu subscribers. Kandungan video yang mereka hasilkan mampu menarik perhatian ramai penonton. Hal ini kerana resipi yang dikongsikan adalah menarik dan mudah.

  1. Isa Isarb
  2. Jess No Limit
  3. Sugu Pavithra
  4. Ebit Lew
  5. Alieff Irfan
  6. Che Nom
  7. Cikidot Channel
  8. Isaac Osman
  9. Azfar Heri
  10. Bella Khan

Pencipta kandungan ‘Breakout’

Di antara para pencipta kandungan di Malaysia tahun ini yang telah berjaya memberi kesedaran kepada orang awam dengan kandungan mereka adalah Isa Isarb, Sugu Pavithra dan Ebit Lew. Cetusan kandungan yang luar biasa membuatkan video mereka
mendapat perhatian ramai.

Saluran Isa Isarb mendapat tempat pertama, manakala Sugu Pavithra yang sinonim dengan dunia masakan memperoleh tempat ketiga. Meskipun pernah memadam semua video YouTube kerana dilanda masalah. Namun, Sugu Pavithra membuat u-turn dan aktifkan semula siarannya bagi memberi pengisian bermanfaat kepada penonton.

Saluran Ebit Lew pula dikedudukan keempat. Dia dikenali ramai kerana sikapnya yang sering membantu komuniti di Malaysia. Dalam siaran Youtube nya juga, dia kongsikan banyak kandungan yang melibatkan unsur nilai murni seperti berbuat baik dan tolong menolong sesama manusia. Siarannya mempunyai lebih daripada 950 ribu subscribers.

  1. Isa Isarb
  2. Jess No Limit
  3. Sugu Pavithra
  4. Ebit Lew
  5. Che Nom
  6. Azfar Heri
  7. Top 5 Malaysia
  8. Bros Gang TV
  9. AR Vlogs
  10. Nabila Razali Entertainment

Youtube boleh menjadi sumber video rujukan dan adakalanya boleh menjadi sumber hiburan ketika diperlukan. Semoga Youtubers di Malaysia akan terus menghasilkan karya yang luar biasa dan mampu memberi impak positif kepada penonton.

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pernah undur diri dan muncul semula, Sugu Pavithra antara pencipta kandungan Youtube popular 2020

Pernah undur diri dan muncul semula, Sugu Pavithra antara pencipta kandungan Youtube popular 2020

14 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER