• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 7 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:16 pm
  • 17/12/2020
  • Komen
Realme 7 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda teringin nak guna telefon 5G walaupun di Malaysia entah bila servis 5G akan mula ditawarkan, anda boleh dapatkan Realme 7 5G sebab ini adalah solusi termurah setakat ini dalam pasaran. Pada harga RM1,299, ia menyamai harga Nova 7 SE tapi kelebihannya adalah telefon Realme ini ada Google Mobile Services (GMS).

Realme 7 5G akan mula dijual 18 Disember 2020 ekslusif di Lazada pada harga RM1,299. Hanya ada satu varian dibawa masuk iaitu RAM 8GB dan storan 128GB. Setiap pembelian akan didatangkan dengan satu beg Hipster Pouch dan lencana Realmeow.



Selepas 25 Disember 2020, anda boleh dapatkan Realme 7 5G di pengedar sah diseluruh negara bersama-sama hadiah yang sama.

Spesifikasi Realme 7 5G

Fizikaliti Realme 7 5G tak lari daripada Realme 7 yang sudah pun berada di Malaysia. Bahagian mukanya dilengkapi paparan 6.5” FHD dengan refresh rate 120Hz.



Ia beroleh capaian 5G-nya daripada SoC Dimensity 800U.

Di UK, mereka beroleh versi RAM 8GB manakala warga Eropah beroleh versi RAM 6GB. Namun, kedua-dua versi ada storan 128GB yang boleh diperluas menggunakan slot khas.

Konfigurasi kamera Realme 7 5G sama seperti Narzo 20 Pro. Ia ada kuadkamera belakang 48MP + 8MP (ultralebar) + 2MP (makro) + 2MP (B&W). Di bahagian depan ada kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Tags: RealmeRealme 7realme 7 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Realme 7 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 7 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

17 December 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN