• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C15 varian RAM 3GB dilancar dengan harga diskaun pada Shopee Super Brand Day

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 18/12/2020
  • Komen
Realme C15 varian RAM 3GB dilancar dengan harga diskaun pada Shopee Super Brand Day
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini mengumumkan varian baru yang lebih murah untuk model Realme C15. Varian terbaru ini datang dengan RAM 3GB dan storan 64GB, dengan harga rasminya RM549.

Ia adalah varian ketiga dalam model Realme C15. Ketiga-tiga model Realme C15 dan harganya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Realme C15 (RAM 3GB + Storan 64GB) – RM549
  • Realme C15 (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM599
  • Realme C15 (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM699

Varian terbaru ini akan mula dijual pada 22 Disember 2020, semasa jualan Shopee Super Brand day. Bersempena itu, Realme memberikan harga diskaun untuk pembelian Realme C15 selama 3 hari. Dari 22-24 Disember 2020, ia boleh dibeli pada harga RM469 sahaja, diskaun sebanyak RM80.

Kelebihan Realme C15 adalah pada kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 6,000mAh, dengan sokongan pengecasan pantas 18W, melalui mikroUSB. Skrinnya berukuran 6.5-inci bertakuk kecil, dengan resolusi HD+ sahaja.



Telefon ini diperkasa pemproses Snapdragon 460 dan sedia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Di belakang, ia ada empat kamera iaitu kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera mono 2MP dan kamera potret 2MP. Di hadapan pula, ia ada kamera 8MP di dalam takuk kecil.

Anda boleh mendapatkan Realme C15 (RAM 3GB + Storan 64GB) dengan harga promosi RM469, pada 22-24 Disember 2020, hanya di Stor Realme di Shopee.

Tags: RealmeRealme C15
Najib

Najib

POPULAR

Realme C15 varian RAM 3GB dilancar dengan harga diskaun pada Shopee Super Brand Day

Realme C15 varian RAM 3GB dilancar dengan harga diskaun pada Shopee Super Brand Day

18 December 2020
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN