• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:24 pm
  • 22/12/2020
  • Komen
Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Tiktok, platorm media sosial yang kini penggunaannya menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat. Ia digunakan untuk membuat pelbagai video pendek seperti tarian, komedi dan pendidikan yang berdurasi dari 15 saat hingga 1 minit.

Sepanjang tahun 2020, pelbagai kategori video dihasilkan oleh masyarakat dengan menggunakan Tiktok. Bagi merumuskan pengalaman pengguna Tiktok sepanjang tahun ini, Tiktok membawa setiap pengguna menyusuri memori melalui Year On Tiktok.



Dalam Year On TikTok, satu video akan dihasilkan secara automatik dan di dalamnya akan ada kandungan seperti, tarikh pertama anda di tiktok, jenis video yang paling banyak anda tonton sepanjang 2020, lagu yang banyak anda dengar dan banyak lagi.

Untuk mencubanya, anda boleh ikut cara di bawah:



  1. Buka aplikasi Tiktok dan pergi ke ruangan carian.
  2. Di bahagian atas akan ada pilihan khas Year On Tiktok, namun ini hanya ada pada TikTok versi terkini. Tekan pilihan tersebut.
  1. Jika pilihan tersebut tiada, anda boleh cuba cari #YearOnTikTok
  2. Tekan link yang dinyatakan
  3. Tekan ‘get started’
  4. Video Year On Tiktok anda akan diproses

Apabila anda berkongsi video tersebut di akaun TikTok, anda akan mendapat lencana khas “2021” yang akan muncul pada foto profil anda. Dengan menggunakan hashtag yang sama juga, anda boleh lihat video Year On Tiktok kepunyaan pengguna lain. Ciri ini boleh digunakan sebagai kenangan tahunan anda di Tiktok.

Sekiranya anda belum ada aplikasi Tiktok, anda boleh mula merakamkan koleksi 2021 anda dengan memuat turun aplikasi tersebut di Apple Store dan Play Store.

Pada awal bulan ini Tiktok ada menguji kemampuan rakam video melebihi had 1 minit melalui aplikasinya, namun ia masih belum dilancarkan kepada pengguna. Sekiranya ia dilancarkan, pasti pengguna dapat menghasilkan video yang lebih menarik di Tiktok.

[Sumber: Tiktok]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok

Tiktok kongsikan aktiviti pengguna sepanjang 2020 dengan ciri Year On TikTok

22 December 2020
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER