PS5 sudahpun dilancarkan beberapa minggu sudah. Masalahnya, bukan semua orang berjaya dapatkannya disebabkan stok yang sangat-sangat terhad. Kalau terdesak, ulat-ulat PS5 ada jualnya pada harga yang jauh lebih tinggi.
Namun, kalau anda miliki PS4 di ruang tamu, Sony tidak akan menghukum anda sekiranya anda ingin bersama konsol generasi terdahulu dengan lebih lama.
Pihak Sony memberitahu yang mereka akan terus menyokong PS4 selagi boleh dan katanya akan disokong lebih lama berbanding PS3 dulu. PS3 dilancarkan dalam bulan November 2006 dan sokongannya dihentikan antara tahun 2015 hingga 2017, bergantung pada pasaran.
Sewaktu dihentikan sokongan, sebanyak 87.4 juta unit konsol tersebut sudahpun membanjiri pasaran. Maka, untuk PS3 hanyatnya bolehlah disimpulkan sehingga 11 tahun.
Untuk kes PS4 pula, ia dilancarkan dalam bulan November 2013. Dalam tahun 2020, usianya sudah berada di paras 7 tahun. Kalau diambil intipati janji Sony tadi, anda boleh jangkakan sokongan sekurang-kurangnya sehingga 2023.
Sebagai perbandingan, belumpun mencapai usia PS3, PS4 sudahpun terjual sebanyak 106 juta dalam sehingga tahun 2019 sahaja.
Walau bagaimanapun, untuk pengguna yang ingin mula “kerjaya” gaming anda di PS4, anda perlu ketahui yang PS4 Pro sudah tidak dijual lagi oleh pengeluarnya. Kalau adapun anda boleh dapatkannya melalui wakil pengedar yang masih ada menyimpan stok.
[Sumber: TechSpot]