• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menurut CDC, artikel tentang penyakit sepanjang 2020 bukanlah COVID-19, tapi Malaria

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:47 pm
  • 24/12/2020
  • Komen
Menurut CDC, artikel tentang penyakit sepanjang 2020 bukanlah COVID-19, tapi Malaria
Share on FacebookShare on Twitter

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) adalah badan kerajaan A.S yang bertanggungjawab dalam hal-hal kesihatan awam. Pada setiap tahun, mereka akan terbitkan 5 berita paling hangat sepanjang tahun daripada laman web mereka.

Berikut adalah senarai berita tersebut.



1. The Spread of Anopheles stephensi and the Fight Against the World’s Deadliest Animal

Satu spesies nyamuk yang natif di Selatan Asia tak semena-mena ditemui dalam kawasan Timur Afrika. Ia mendatangkan lebih banyak masalah kepada kawasan-kawasan itu daripada segi pengawalan penyakit malaria yang sudah sedia runcing masa ini.

Spesis yang dirujuk sebagai Anopheles stephensi ini menyukai kawasan bandar yang penuh dengan produk-produk buatan manusia.



Hal ini bermakna, pihak berkuasa kesihatan kawasan-kawasan tersebut terpaksa melipatgandakan usaha untuk membendung penularan malaria.

Artikel penuh

2. Moving towards the UNAIDS 90-90-90 targets

Afrika Selatan dilaporkan berada di atas landasan yang betul untuk capai sasaran 90-90-90 seperti yang ditetapkan olah UNAIDS. Angka 90 itu bermaksud:

  1. 90% penghidap HIV tahu tentang status jangkitannya
  2. 90% penghidap HIV terima rawatan berpenjangan
  3. 90% penghidap HIV yang sedang terima rawatan mencapai status viral load suppression.

Setakat artikel itu ditulis, negara itu berada pada tahap 85%-71%-86%.

Afrika Selatan adalah negara yang ada paling ramai penghidap HIV iaitu sekitar 7.9 juta.

Artikel penuh

3. CDC’s Global Response to COVID-19

CDC berbangga kerana program Field Epidemiology Training (FETP) yang mereka mulakan 40 tahun lalu sedang membuahkan hasil terutamanya dalam situasi COVID-19 masa ini. Hasil daripada program tersebut, 18 ribu epidemiologist yang tugasnya melakukan penyelidikan terhadap penyakit telah dilahirkan.

18 ribu itu bertebaran seantero 80 negara seluruh dunia.

Setakat ini, sebanyak USD 800 juta telah dibelanjakan bagi menentang COVID019. Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  • Latihan kawalan dan pencegahan
  • Kawal selia kumpulan gerak balas
  • Kawal selia epidemiologi
  • Sokongan daripada segi ujian makmal.

Artikel penuh

4. Treating TB During the Time of COVID-19

Sedang seluruh dunia menangani COVID-19, penyakit lain juga tidak berehat dan perlukan perhatian. Tibi telah menyebabkan lebih banyak kematian berbanding penyakit lain di seluruh dunia.

Pihak CDC akan memperkasa pelibatan pekerja kesihatan komuniti untuk mendepani inisiatif membanteras Tibi. Ia bagi memastikan pesakit Tibi tetap mendapat rawatan walaupun kapasiti servis kesihatan sekarang dibanjiri pesakit COVID-19.

Artikel penuh

5. Strong Partnerships and CDC Investments Support Uganda’s Rapid Response to COVID-19

Kerjasama erat CDC dengan kerajaan Uganda berjaya merencat penularan COVID-19. Negara itu mencatatkan kes pertama COVID-19 pada 21 Mac 2020. Sejurus dikesan, satu pasukan respons Incident Management Teams (IMT) ditubuhkan yang disertai oleh kerajaan A.S dan Kementerian Kesihatan Uganda.

Antara perkara yang digerakkan adalah melatih kakitangan tempatan tentang cara mengendalikan kes COVID-19.

Artikel penuh

Tags: COVID-19
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Menurut CDC, artikel tentang penyakit sepanjang 2020 bukanlah COVID-19, tapi Malaria

Menurut CDC, artikel tentang penyakit sepanjang 2020 bukanlah COVID-19, tapi Malaria

24 December 2020
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER