Baru-baru ini, satu rusuhan berlaku di bangunan Capitol Hill melibatkan penyokong Donald Trump. Ianya berlaku kerana mereka ingin memaksa Kongres membatalkan kekalahan pemilihan Trump dalam pilihan raya Amerika Syarikat yang lalu.
Dalam pada itu, Donald Trump di laman sosialnya ada membuat perkongsian dipercayai wujud elemen hasutan.
Sosial media seperti Twitter, Facebook dan Instagram hari ini memadam beberapa penulisan dan juga video yang dikongsikan oleh Donald Trump. Hal ini dilakukan kerana dalam perkongsian tersebut mengandungi perkara yang melanggar peraturan sosial media dan dipercayai mempunyai unsur hasutan.
Twitter hari ini memberitahu bahawa beberapa tweet yang ditulis di akaun rasmi Donald Trump dipadam ekoran tweet tersebut melanggar peraturan terhadap dasar Integriti Sivik mereka. Tindakan itu juga dilakukan kerana situasi kekacauan yang belum pernah terjadi sebelum ini, berterusan di Washington, DC.
Anda boleh lihat diakaun rasmi Donald Trump, terdapat dua tweetnya yang terbaharu sudah tidak lagi tersedia. Ditulis di situ, tindakan tersebut dilakukan kerana Tweet itu melanggar undang-undang Twitter.
Twitter juga sekat akaun tersebut selama 12 jam. Namun, jika tweet tersebut masih ada, akaun tersebut akan kekal disekat. Twitter miliknya juga mungkin akan berhadapan dengan penggantungan kekal, kerana ia sudah termasuk dalam pelanggar undang-undang Twitter dari sudut dasar integriti sivik atau ancaman kekerasan.
Facebook dan Instagram
Facebook memaklumkan bahawa mereka sudah menarik keluar video Presiden Trump yang bercakap mengenai tunjuk perasaan dan keputusan pilihan raya, dari Facebook dan Instagram. Berikut merupakan antara kandungan yang turut di hapuskan:
- Pujian dan sokongan terhadap serangan Capitol AS
- Kenyataan panggilan untuk membawa senjata ke lokasi di seluruh AS, bukan hanya di Washington tetapi di mana sahaja di AS
- Hasutan atau dorongan untuk acara di Capitol, termasuk video dan gambar dari para petunjuk perasaan.
- Menyeru tunjuk perasaan di adakan
- Percubaan untuk memulihkan keganasan pada hari-hari yang mendatang
Selain itu, Facebook juga akan melarang Trump membuat sebarang perkongsian di halamannya selama 24 jam berikutan pelanggaran dasar Facebook yang sudah dilakukan.
Selain itu, Facebook juga melaksanakan beberapa tambahan baharu bagi mengekang isu hasutan, ia termasuklah:
- Meningkatkan keperluan individu sebagai admin kumpulan. Ianya untuk menyemak dan mempersetujui perkongsian yang ditulis oleh ahli kumpulan sebelum dimuat naik.
- Menyekat secara automatik perkongsian yang mempunyai unsur kebencian atau kandungan yang menimbulkan keganasan.
- Menggunakan AI untuk menurunkan kandungan yang mungkin melanggar dasar Facebook dan Instagram.