• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:02 pm
  • 09/01/2021
  • Komen
Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya
Share on FacebookShare on Twitter

Kata laluan untuk telefon sahaja tidak mencukupi untuk menjaga perisian telefon pintar anda. Kini, penggodam dan scammer dapat mengakses pelbagai maklumat anda hanya melalui aplikasi palsu.

Baru-baru ini, ada satu kes melibatkan individu berusia 28 tahun diperdaya oleh scammer untuk memuat turun sebuah aplikasi palsu. Dia mendakwa, individu tersebut mengatakan kononnya aplikasi itu dari Bank Negara. Selepas dia memuat turun dan mengisi maklumat perbankan miliknya, dia menyedari kehilangan wang simpanan bernilai RM75,000



Oleh itu, masyarakat perlu lebih peka dengan taktik penipuan yang semakin berleluasa ini.

Cara mengesan aplikasi palsu

Berikut merupakan antara cara yang boleh membantu anda untuk mengenali sesebuah aplikasi palsu. Jangan muat turun sekiranya ia meragukan.



1. Semak nama aplikasi

Lihat nama aplikasi sebelum memuat turunnya. Sebahagian aplikasi palsu akan ada perkataan yang salah eja atau logo berbeza dari aplikasi sebenar. Sekiranya anda mencari sesebuah aplikasi popular, akan wujud banyak pilihan yang hampir sama. Tetapi anda boleh menyemak namanya untuk mengetahui sama ada ia asli atau tidak.

2. Semak nama pencipta aplikasi itu

Anda perlu membuat kajian terperinci menganai sesebuah aplikasi untuk mengetahui siapa penciptanya dan dari mana aplikasi itu berasal. Jika anda tahu latar belakang pencipta aplikasi, anda akan lebih mudah mengesan jika ia aplikasi palsu. Anda juga boleh siasat dengan mengklik nama pencipta aplikasi dan lihat aplikasi lain yang mereka ada.

3. Semak reviews (ulasan)

Reviews adalah tempat pengguna menyatakan pengalaman atau komen terhadap aplikasi tersebut. Berhati-hati jika anda melihat komen negatif atau orang yang mengeluh kerana mengalami masalah dengan peranti sejak memuat turun aplikasi itu. Ini menunjukkan bahawa aplikasi itu mungkin mengandungi perisian hasad.

4. Hati-hati dengan diskaun

Sekiranya anda melihat aplikasi yang menyatakan ciri-ciri yang luar biasa dengan harga yang kecil, ini adalah petunjuk bahawa aplikasi itu palsu. Ini merupakan teknik yang dilakukan untuk meyakinkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi itu.

5. Lihat screenshots (tangkap layar)

Di gedung aplikasi, ada screenshot yang ditunjukkan untuk memberi pengguna gambaran tentang sesebuah aplikasi. Anda boleh membezakan sama ada aplikasi itu palsu atau tidak dengan melihat screenshot. Aplikasi palsu sering menggunakan screenshot Photoshop.

6. Baca penerangan

Pencipta aplikasi yang sah akan menerangkan aplikasinya dengan baik kepada pengguna. Aplikasi akan diterangkan dalam bahasa yang dapat difahami oleh semua orang. Oleh itu, anda perlu curiga jika keterangan aplikasi tersebut mempunyai salah ejaan atau kelihatan seperti dihasilkan oleh bot (pencipta ayat, robot komputer)

7. Bilangan muat turun

Aplikasi popular semestinya mempunyai berjuta-juta muat turun, tetapi jika aplikasi palsu, jumlah muat turun adalah sedikit sahaja. Contohnya, aplikasi Facebook sebenar mempunyai lebih 5 bilion muat turun. Sekiranya anda melihat aplikasi Facebook lain menujukkan angka yang sedikit sahaja, maka anda perlu berjaga-jaga.

[Sumber: AT&T Cybersecurity]

Tags: Aplikasi palsuSCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya

Aplikasi palsu bahaya kepada diri dan peranti anda, ini cara mengesannya

9 January 2021
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER