• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lancar Exynos 2100 5nm, 30% prestasi CPU & 40% prestasi GPU lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 13/01/2021
  • Komen
Samsung lancar Exynos 2100 5nm, 30% prestasi CPU & 40% prestasi GPU lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memulakan tahun baru 2021 dengan acara pelancaran cip flagship terbaru mereka, Exynos 2100. Cip ini akan digunakan di dalam telefon pintar flagship yang akan mereka lancarkan pada 14 Januari kelak, iaitu siri Galaxy S21.

Menurut Presiden Perniagaan Sistem LSI di Samsung Electronics, Inyup Kang, Exynos 2100 adalah cip pertama Samsung yang dibina dengan modem 5G terbina di dalamnya. Ia memiliki prestasi CPU 30% lebih tinggi, GPU 40% lebih baik dan penggunaan tenaga 20% lebih rendah dari cip sebelumya.



Menggunakan proses 5nm EUV (Extreme Ultra Violet) terkini, Exynos 2100 memiliki CPU 8-teras dengan tiga kluster, menggabungkan 1-teras Arm Cortex-X1 berkuasa tertinggi dengan kelajuan sehingga 2.9GHz, 3-teras Cortex-A78 berkuasa tinggi dan 4-teras Cortex-A55 yang cekap tenaga.

Di bahagian grafik, ia diproses teras baru Arm Mali-G78 yang menyokong API terkini seperti Vulkan dan OpenCL. Cip ini turut dilengkapi teknologi termaju AMIGO, yang mengawal dan mengoptimasikan penggunaan tenaga CPU, GPU dan proses lain, untuk memberikan hayat penggunaan lebih panjang.



Selain itu, 3-teras pemproses neural (NPU) rekaan baru digunakan di dalam Exynos 2100. Ia boleh memproses sehingga 26 trilion operasi sesaat (26 TOPS), dengan dua kali lebih jimat tenaga dari sebelum ini. Ini menjadikan proses kecerdasan pintar (AI) di peranti lebih canggih boleh digunakan.

Pemproses signal imej (ISP) juga dipertingkat, kini menyokong kamera dengan resolusi sehingga 200MP. Ia boleh menghubungkan sehingga 6 sensor kamera dan memproses sehingga empat kamera serentak. Rakaman video pula disokong sehingga 4K 120 FPS, dan boleh memainkan video sehingga 8K 60 FPS.

Kekuatan baru di dalam cip Samsung ini adalah modem 5G. Ia menyokong spektrum mmWave dan sub-6Ghz, 2G GSM/CDMA, 3G WCDMA dan 4G LTE. Modem ini mampu menyokong kelajuan muat turun 5G sehingga 7.35Gbps di mmWave dan 5.1Gbps di sub-6GHz, atau 4G sehingga 3.0Gbps.

Saksikan pembentangan penuh ciri-ciri yang terdapat di Exynos 2100, melalui video pelancaran di bawah ini.

[Sumber: Samsung]

Tags: samsungSamsung Exynos 2100
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung lancar Exynos 2100 5nm, 30% prestasi CPU & 40% prestasi GPU lebih tinggi

Samsung lancar Exynos 2100 5nm, 30% prestasi CPU & 40% prestasi GPU lebih tinggi

13 January 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER