• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Alternatif enjin carian Google ini meletup-letup kepopularannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:43 pm
  • 18/01/2021
  • Komen
Alternatif enjin carian Google ini meletup-letup kepopularannya
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Januari 2021 menyaksikan meletupnya servis-servis yang menawarkan tahap kerahsiaan yang tinggi. Selepas Telegram dilapor menerima lambakan pengguna baru, DuckDuckGo (DDG) juga katanya mendapat booster daripada isu yang sedang hangat membara sekarang.

Telegram terima 25 juta pengguna baru dalam 3 hari, capai lebih 500 juta pengguna aktif sebulan

Satu rekod telah dicatatkan DDG apabila buat kali pertama dalam sejarah, fungsi carian DDG digunakan melebihi 100 juta kali untuk tempoh 24 jam. Mereka kini mencatatkan purata carian sebanyak lebih 90 juta kali untuk sehari dan kini berjumlah lebih 1.2 billion.



Statistik penggunaan enjin carian DDG setakat 14 Januari 2021

DDG, untuk anda yang masih tak tahu, adalah servis enjin carian macam Google dan Bing. Kelebihan DDG adalah mereka tidak rekod ataupun berkongsi data penggunanya kepada pihak ketiga.

Apabila tiada data, makanya carian anda lebih terlindung daripada pihak-pihak yang ingin menghidangkan anda dengan iklan tertentu berdasarkan pola carian anda.



Walau bagaimanapun, iklan tetap akan dipaparkan untuk menampung kos pengoperasian DDG. Cumanya, jenis iklan ditentukan berdasarkan hasil carian dan bukannya apa yang anda cari.

Tentu anda akan kata, gunakan saja Incognito Mode. Anda tetap tidak selamat kerana Incognito Mode cuma halang data direkodkan dalam komputer dan bukannya pihak ketiga di Internet.

DDG juga ditawarkan dalam bentuk APP telefon pintar. Ia boleh dimuat turun di Android dan juga iOS.

[Sumber: DuckDuckGo]

Tags: duckduckgoprivasi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Alternatif enjin carian Google ini meletup-letup kepopularannya

Alternatif enjin carian Google ini meletup-letup kepopularannya

18 January 2021
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN