• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Telegram terima 25 juta pengguna baru dalam 3 hari, capai lebih 500 juta pengguna aktif sebulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:21 pm
  • 13/01/2021
  • Komen
Kriptowang Telegram Siap Sedia Pintas Bitcoin & Ethereum
Share on FacebookShare on Twitter

Pengasas aplikasi Telegram, Pavel Durov mengeluarkan satu kenyataan mengenai pencapaian aplikasi mesej itu baru-baru ini. Telegram dilihat mempunyai jumlah pengguna aktif yang sangat ramai pada minggu pertama Januari 2021.

Pengguna Telegram meningkat

Telegram sudah melepasi 500 juta pengguna aktif bulanan. Ia kemudiannya terus berkembang dan menerima 25 juta pengguna baru dalam masa 72 jam terakhir sejak semalam. Berbanding tahun lalu, jumlah pengguna baru yang mendaftar pada setiap hari ialah 1.5 juta.



Pengguna baru yang mendaftar pada kali ini berasal dari seluruh dunia. Ia merangkumi 38% dari Asia, 27% dari Eropah, 21% dari Amerika Latin dan 8% dari MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara).

Telegram merupakan salah satu platfom yang komited untuk privasi dan keselamatan penggunanya. Oleh itu, dengan setengah bilion pengguna aktif ini, Durov menjamin tidak akan mengecewakan pengguna dan memandang serius isu keselamatan aplikasi.



Sebelum ini, saingan Telegram iaitu WhatsApp ada mengemaskini satu polisi baharu yang akan di kuatkuasakan tidak lama lagi. WhatsApp merupakan sebahagian dari syarikat Facebook, oleh itu, mereka mahu berkongsi data pengguna dengan semua perkhidmatan di bawah syarikat Facebook.

Oleh itu, ia mungkin merupakan salah satu faktor tentang kenaikan mendadak pengguna aktif di Telegram. Walaupun begitu, terpulang kepada pengguna untuk memilih sama ada untuk terus kekal di aplikasi WhastApp atau bertukar aktif di Telegram.

[Sumber: Telegram]

Tags: telegram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kriptowang Telegram Siap Sedia Pintas Bitcoin & Ethereum

Telegram terima 25 juta pengguna baru dalam 3 hari, capai lebih 500 juta pengguna aktif sebulan

13 January 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN