• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Topeng muka kini jadi ancaman haiwan, burung ditemui terjerat tali

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:36 pm
  • 21/01/2021
  • Komen
Topeng muka kini jadi ancaman haiwan, burung ditemui terjerat tali
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah persatuan amal pencegahan kekejaman haiwan yang beroperasi di England, RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) telah menggesa masyarakat untuk memotong tali pada topeng muka pakai buang, sebelum membuangnya.

Ia berikutan ada laporan mengenai penemuan burung dengan lilitan tali topeng muka pada kakinya.



Burung Ibis dilapor terlilit topeng muka pada kaki

Semenjak pemakaian topeng muka diwajibkan di Greater Brisbane, ramai individu telah menggunakan topeng muka dan pada masa yang sama ramai juga yang membuangnya.

Pegawai unit penyelamat kanan, Jo Jordaan mengatakan bahawa, dia ada menerima laporan di galeri seni di Brisbane Selatan pada hujung minggu lalu berkaitan penemuan burung ibis terlilit dengan topeng muka pada kakinya.



Burung Ibis. Sumber

Malangnya, Jo Jordaan tidak dapat mengesan burung tersebut dan tentunya burung itu tidak dapat membebaskan diri daripada topeng muka di kakinya itu. RSPCA mengatakan, masalah ini tersebar luas di UK dan mereka bimbang lebih banyak haiwan akan terjerat dalam PPE (Personal Protective Euipment) di Australia.

Justeru mereka mahu semua individu memotong tali topeng muka terlebih dahulu sebelum membuangnya bagi mengelakkan perkara ini daripada berlarutan.

RSPCA mengatakan jika seseorang menjumpai seekor burung terjerat, mereka harus cuba menangkapnya lalu membawanya ke doktor haiwan atau hospital haiwan terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Justeru, sebaik-baiknya, masyarakat perlu putuskan tali topeng muka sebelum membuangnya. Tanpa kita sedari, topeng muka yang digunakan sebagai pelindung diri menjadi satu ancaman kepada haiwan.

[Sumber: ABC News]

Tags: Topeng Muka
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Topeng muka kini jadi ancaman haiwan, burung ditemui terjerat tali

Topeng muka kini jadi ancaman haiwan, burung ditemui terjerat tali

21 January 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER