• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelajar SPM boleh dapatkan bahan pendidikan digital percuma di SPMflix

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:08 pm
  • 25/01/2021
  • Komen
Pelajar SPM boleh dapatkan bahan pendidikan digital percuma di SPMflix
Share on FacebookShare on Twitter

SPMflix merupakan sebuah portal pendidikan percuma di Malaysia di bawah BACflix, ia menyediakan bahan pendidikan khusus buat pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Di sini, pelajar bebas untuk memilih mata pelajaran apa yang ingin dipelajari secara maya.

Aktiviti dan latihan di SPMflix

Melalui portal ini, pelajar boleh mengulangkaji pelajaran melalui lebih daripada 8,700 video pendidikan disediakan daripada pelbagai subjek. Selain itu, ada juga aktiviti kuiz dalam talian untuk pelajar membuat latihan.



Bukan itu sahaja, SPMflix juga mengadakan seminar SPM secara langsung kepada para pelajar oleh guru-guru berpengalaman. Seminar SPM ini menyediakan tips dan teknik menjawab soalan SPM bagi 12 subjek. Tambahan lagi, seminar tersebut juga dijalankan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Sebagai cara untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar, SPMflix menyediakan program Tanya Cikgu. Di sini, pelajar boleh menghantar soalan kepada guru-guru SPMflix melalui aplikasi WhatsApp. Persoalan yang diajukan akan dijawab dalam masa 12 jam.



Sejak portal ini ditubuhkan, SPMflix telah memberi manfaat kepada lebih 70,000 orang pelajar. Selain itu, seramai 2,000 guru sekolah menengah dan rendah telah menghadiri bengkel pengajaran Blended Learning untuk guru-guru di Malaysia bagi menyertai program ini.

Cara daftar

Untuk mendaftar, pelajar hanya perlu layari laman sesawang SPMflix, kemudian daftar log masuk di bahagian yang disediakan seperti di sini. Setelah daftar, pelajar akan dapat mengakses semua nota dan latihan yang disediakan.

Platform ini sememangnya dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Namun begitu, menjadi satu persoalan, bagaimana caranya pelajar yang berada di kawasan lemah internet boleh mengakes kemudahan percuma ini?

Tags: SPMflix
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pelajar SPM boleh dapatkan bahan pendidikan digital percuma di SPMflix

Pelajar SPM boleh dapatkan bahan pendidikan digital percuma di SPMflix

25 January 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN