• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:49 am
  • 27/01/2021
  • Komen
Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, untuk menterjemah objek atau tulisan dengan menggunakan Google Lens, pengguna perlu mempunyai sambungan Internet. Namun, Google Lens kini melancarkan terjemahan secara luar talian (offline) bagi pengguna Android. Untuk mencubanya anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Buka aplikasi Google Lens pada peranti Android anda
  2. Buka ciri terjemahan (translate)
  3. Pilih bahasa yang anda mahu terjemahkan
  4. Muat turun bahasa yang anda mahu terjemahkan itu
  5. Anda sudah boleh gunakannya dalam keadaan offline

Sebelum memuat turun bahasa yang ingin diterjemah, pengguna akan diberitahu kapasiti sesebuah bahasa itu terlebih dahulu.



Kemaskini ini sangat berguna jika anda sedang melancong dan mempunyai data Internet yang terhad. Terjemahan secara offline ini memerlukan aplikasi Lens dengan versi terbaharu. Ia dilancarkan secara meluas kepada beberapa peranti yang menggunakan pelepasan beta.

Jika anda ingin memuat turun aplikasi Google Lens untuk peranti Android, anda boleh tekan di sini.



Google Translate

Sebagai pilihan lain, anda boleh juga memuat turun aplikasi Google Translate. Aplikasi ini boleh berfungsi meskipun Internet anda berada dalam keadaan offline. Cuma bezanya, ia tidak boleh mengenal pasti objek, tetapi ia boleh menterjemah tulisan secara offline. Untuk menggunakannya, anda boleh ikut cara di bawah:

  1. Buka aplikasi Google Translate
  2. Pilih bahasa yang anda mahu terjemah dan muat turun bahasa itu
  3. Tekan gambar ikon kamera
  4. Pilih instant, scan atau import di bahagian bawah
  5. Tujukan kamera kepada perkataan yang ingin diterjemahkan

Anda boleh muat turun aplikasi Google Translate ini menerusi Play Store dan Apple Store.

Kedua-dua aplikasi ini boleh membantu anda jika anda ingin menjimat data Internet. Namun, adakalanya terjemahan yang diberikan kurang tepat dan anda perlu lakukan sesi penterjemahan itu berulang kali.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Google Lensgoogle translate
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet

Google Lens kini boleh menterjemah gambar tanpa sambungan internet

27 January 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN