• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acerpure Cool tersedia di Malaysia, mampu bersihkan udara sejauh 16 meter

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:25 am
  • 05/02/2021
  • Komen
Acerpure Cool tersedia di Malaysia, mampu bersihkan udara sejauh 16 meter
Share on FacebookShare on Twitter

Acer secara rasmi mengumumkan pembersih udaranya, Acerpure Cool sudah dijual di Malaysia. Acerpure Cool merupakan alat elektronik penapis dan pembersih udara yang boleh boleh digunakan di dalam rumah, untuk mendapatkan udara yang bersih.

Ciri Acerpure Cool

Terdapat penapis HEPA 3-dalam-1 di bahagian tengah Acerpure Cool. Ia merangkumi penapis pra-penapis, penapis karbon aktif dan penapis utama HEPA 13.



Lapisan pra-penapis mampu menapis habuk dan juga rambut. Manakala lapisan karbon aktif berfungsi menghilangkan bau asap seperti nikotin dan menapis formaldehid. Penapis utama HEPA 13 pula boleh menapis 99.97% zarah dan bakteria yang berada di udara.

Dalam teras Acerpure Cool ini ada penapis Ag+ Perak yang sudah melalui ujian makmal pihak ketiga. Ia bagi mengesahkan keberkesanannya dalam menghilangkan bakteria dan kecekapan terhadap aktiviti virus H1N1.



Tambahan lagi, Acerpure Cool ini dicipta dengan reka bentuk yang ringkas tetapi moden. Ia disertakan panel sentuh LED dan kunci keselamatan kanak-kanak pada bahagian tengah penapis udara itu.

Dengan sensor kualiti udara PM1.0, Acerpure Cool menyokong pemantauan kualiti udara dalaman masa nyata dan bacaannya ditunjukkan melalui 3 lampu penunjuk LED dengan warna hijau, kuning dan merah.

Di samping itu, pembersih udara ini juga menyokong ayunan 90º ke atas dan 80º kiri dan kanan. Ia mampu membersihkan udara dalam ruang 27 meter persegi dengan tempoh tiga minit sahaja.

Maklumat jualan

Acerpure Cool boleh dibeli dengan harga RM1,299 beserta tawaran penapis pengganti HEPA percuma bernilai RM199. Pembelian boleh dilakukan menerusi kedai konsep Acer dan kedai dalam talian rasmi Acer seperti di bawah:

  1. Kedai rasmi Acer di Shopee
  2. Kedai dalam talian Acer di Shopee – NBP
  3. Kedai dalam talian Acer di Shopee – Clicknet
  4. Kedai Acer di Lazada -Aoneplus
  5. Kedai Acer yang disahkan di Lazada -NBP

Sempena kedatangan Acerpure Cool ini, Acer Malaysia mengadakan promosi pelancaran eksklusif di Lazada pada 5 Februari 2021. Acerpure Cool dijual dengan harga RM899 dan percuma penapis HEPA bernilai RM199.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan Acerpure Cool dengan harga RM999 dengan penapis tambahan HEPA bernilai RM199 di kedai dalam talian rasmi Acer terpilih dan kedai konsep Acer bermula dari 6 hingga 9 Februari 2021.

Manakala bermula dari 10 Februari hingga 31 Mac 2021 pula, Acerpure Cool akan dijual pada harga RM999 dengan setiap pembelian mana-mana komputer riba atau komputer Acer. Promosi ini tersedia di kedai dalam talian rasmi Acer terpilih dan kedai konsep Acer.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi Facebook Acer Malaysia atau hubungi talian info produk Acer di 1800-88-1288 pada jam 9 pagi hingga 6 petang, hari Isnin hingga Jumaat. Anda juga boleh e-mel sebarang persoalan mengenai Acer di [email protected].

Tags: AcerAcerpure Cool
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Acerpure Cool tersedia di Malaysia, mampu bersihkan udara sejauh 16 meter

Acerpure Cool tersedia di Malaysia, mampu bersihkan udara sejauh 16 meter

5 February 2021
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER