• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Malware pertama Apple M1 ditemui, ini cara jangkitannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:23 am
  • 19/02/2021
  • Komen
Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32
Share on FacebookShare on Twitter

Ada seorang penyelidik keselamatan ini, dia mungkin telah menemui malware pertama menjangkiti platform Apple M1. Ia sebahagian besarnya berpunca daripada ciri backward compatibility yang ditawarkan platform Apple M1.

Secara ringkasnya, disebabkan Apple M1 adalah SoC yang baru, tidak banyak aplikasi natif yang ada dalam pasaran untuk dijalankannya. Sebagai penyelesaian sementara, Apple memperkenalkan Rosetta.



Fungsi Rosetta adalah untuk menterjemah kod aturcara yang ditulis untuk platform x86_64 (MacOS) kedalam “bahasa” arm64 sebelum sesuatu perisian yang bukan dikodkan dalam bahasa arm64 digunakan pada platform seperti MacBook Pro versi M1.

Rosetta bolehkan pengguna paltform M1 jalankan perisian X86

Maka, sementara menunggu pembangun perisian pihak ketiga merangka semula perisian mereka untuk dinatifkan kepada cip M1, pengguna bolehlah gunakan perisian yang sedia ada daripada MacOS. Namun, hacker pun melihat fungsi ini sebagai satu saluran untuk menyerang.



Tentu sekali mereka terfikir, kalau malware yang ditulis dalam bahasa x86_64 boleh diterjemah ke arm64 oleh Rosetta, sudah tentu mereka boleh menghantar malware kepada Macbook Pro versi M1 dengan cara meniru tatakerja Rosetta.

Itulah yang didemonstrasikan penyelidik tersebut dan dia menjumpai satu malware. Ia adalah satu plugin pelayar web Safari bernama GoSearch22. Seperti malware lain, tugasnya mengutip data pengguna dan hantarnya kepada hacker.

Plugin Safari yang ada malware sudahpun dibuang daripada gedung plugin Safari

Mujurlah setakat artikel ini ditulis, Apple sudahpun maklum tentang perkara ini dan telah membatalkan lesen GoSearch22 untuk berada pada platform mereka. Namun, ia tak bermakna serangan seterusnya akan terhenti.

Lebih parah, dia turut melaporkan malware yang diterjemah daripada x86_64 ke arm64 15% lebih sukar dikesan antivirus walaupun mereka mengandungi kod aturcara yang hampir sama.

Sumber: Objective-See

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple sedang uji SoC dengan bilangan teras sehingga 32

Malware pertama Apple M1 ditemui, ini cara jangkitannya

19 February 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN