• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tiada 4, ASUS ROG Phone seterusnya bernombor 5, akan dilancar bulan Mac

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 22/02/2021
  • Komen
Tiada 4, ASUS ROG Phone seterusnya bernombor 5, akan dilancar bulan Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat permainan video di telefon pintar pasti mengenali model ROG Phone yang dihasilkan oleh ASUS. Ia merupakan salah satu telefon pintar gaming terbaik pada setiap generasinya, dan tahun ini akan memasuki generasi ke-4. Bagaimanapun, ASUS mengambil keputusan untuk melangkau nombor 4.

Asus kini telah mengesahkan bahawa nama untuk telefon pintar gaming mereka yang akan datang adalah, ROG Phone 5. Nampaknya Asus tidak mahu menggunakan nombor 4 selepas ROG Phone 3. Tarikh pelancarannya juga telah ditetapkan, iaitu pada 10 Mac 2021, pukul 7 malam waktu Malaysia.



Perkara ini diumumkan Asus menerusi laman web majlis pelancaran ROG Phone 5, di mana ia memaparkan kira turun ke tarikh dan masa pelancarannya. Tiada petunjuk atau penerangan telefon ini dimuat naik di laman tersebut, kecuali logo ROG berwarna-warni. Logo ini ditunjukkan dalam bentuk titik dot, mungkin menujukkan ia akan digunakan pada ROG Phone 5 kelak.

Walaupun begitu, sudah ada maklumat tepat mengenai ROG Phone 5. Salah satu darinya datang dari laman web TENAA, badan yang menguruskan produk telekomunikasi di China. Fungsi yang hampir serupa dengan SIRIM di Malaysia.



Di TENAA, ia menunjukkan dengan jelas gambar belakang dan telefon ROG Phone 5. Selain itu, ia juga menyenaraikan beberapa spesifikasi telefon ini. Antaranya ialah sokongan dwi-sim 5G, skrin berukuran 6.78-inci, bateri 6,000mAh (3,000mAh x2) dan Android 11.

Selain itu, spesifikasi lain yang dijangka akan terdapat di ROG Phone 5 adalah kuasa dari cip Snapdragon 888, skrin AMOLED 144Hz, pengecasan pantas 65W, dan kamera utama 64MP. Lebih banyak perkara pasti diketahui pada majlis pelancarannya kelak.

Adakah harga ROG Phone 5 kelak akan kekal atau lebih mahal? Untuk perbandingan, ROG Phone 3 dilancarkan di Malaysia tahun lepas dengan harga seperti berikut:

  • ROG Phone 3 Strix (SD865, RAM 8GB, Storan 256GB) – RM 2,999
  • ROG Phone 3 (SD865+, RAM 12GB, Storan 512GB) – RM 3,799
  • ROG Phone 3 (SD865+, RAM 16GB, Storan 512GB) – RM 4,499

Semoga harganya lebih murah dari ini bila dilancarkan di Malaysia nanti.

[Sumber: GSMarena]

Tags: asusAsus ROG Phone 5
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tiada 4, ASUS ROG Phone seterusnya bernombor 5, akan dilancar bulan Mac

Tiada 4, ASUS ROG Phone seterusnya bernombor 5, akan dilancar bulan Mac

22 February 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN