Pengguna telefon berplatform Android, kemas kini MySejahtera yang terdahulu kami laporkan untuk iOS sahaja kini ada untuk platform anda juga.
Kemas kini V1.0.28 yang akan dimasukkan pada MySejatera anda adalah berkaitan pendaftaran untuk menerima vaksin COVID-19 dan anda boleh mula lakukan pendaftaran hari ini, 23 Februari 2021.
Cara daftarkan diri di MySejahtera
Sejurus mengemas kini APP, akan ada pilihan COVID-19 di bahagian pemuka MySejahtera. Selepas kliknya, anda Cuma perlu kemas kini nama, IC atau passport, serta nombor telefon.
Selepas kemas kini, anda juga akan ditanya beberapa soalan peribadi. Ada empat soalan semuanya dan selepas menjawabnya, anda terus akan jadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berminat untuk divaksinkan.
Perlu diingatkan yang Fasa 1 pemvaksinan akan bermula pada 24 Februari 2021 dan hanya melibatkan 500,000 petugas barisan hadapan. Fasa 2 akan bermula antara April hingga Ogos 2021 melibatkan warga emas dan golonga berisiko tinggi dan Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022) akan melibatkan orang dewasa berumur lebih 18 tahun.