Realme Malaysia telah mengutuskan satu teaser di laman rasmi mereka tentang satu pelancaran telefon. Berdasarkan jemputan yang dihantar kepada pihak media, ia adalah Realme C21 dan majlis pelancarannya adalah pada 5 Mac 2021.
Untuk makluman, sehari sebelum tarikh itu, Realme Global dijadualkan untuk memperkenal Realme GT, telefon Snapdragon 888 mereka.
Maklumat tentang Realme C21 sangatlah sedikit di arena web. Tapi 3 ciri utama yang dikongsikan pengeluarnya adalah seperti:
- paparan 6.5″
- Trikamera belakang 13MP
- 5,000mAh bateri
Tapi ia sudahpun menerima pensijilan SIRIM. Kalau beginilah keadaannya, berkemungkinan besar Malaysia adalah pasaran pertama telefon ini dijual.
Sementara menunggu hari pelancaran, kita boleh lihat kembali 2 model siri C terakhir yang dijual Realme di Malaysia dalam tahun 2020 iaitu Realme C17 dan Realme C15.
Realme C17 adalah telefon dengan skrin 90Hz termurah jenama itu pada RM899. Atas papan utamanya ada SoC Snapdragon 460 dengan RAM 6GB serta storan 256GB. Realme C15 pula adalah varian lebih murah C17 tanpa skrin 90Hz pada harga serendah RM549.
Jadi, anda boleh anggarkan spesifikasi yang bakal didukung oleh Realme C21.