• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 7i dan Realme C17 – telefon pintar baru Realme dengan skrin 90Hz di bawah RM1,000

  • OLEH Najib
  • 2:58 pm
  • 13/10/2020
  • Komen
Realme 7i dan Realme C17 – telefon pintar baru Realme dengan skrin 90Hz di bawah RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini telah melancarkan dua telefon pintar dengan harga di bawah RM1,000 iaitu Realme 7i dan Realme C17. Kedua-dua telefon ini menampilkan skrin pantas 90hz, bateri besar 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

Realme 7i

Telefon ini dikuasakan oleh cip baru Snapdragon 662. Kuasa ini dipadankan dengan RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.1 128GB. Terdapat tiga slot kad boleh dipasang serentak, iaitu dua kad sim nano dan satu kad mikroSD.



Skrin Realme 7i dari jenis LCD 90Hz, berukuran 6.5-inci. Tetapi ia hanya memiliki resolusi HD 720p sahaja. Baterinya pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Ia juga masih ada jek audio 3.5mm.

Kamera di belakangnya ada empat, dengan kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera hitam putih 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.1, terletak di dalam lubang di atas skrin.



Realme 7i menjalankan sistem operasi Realme UI, berasaskan Android 10. Pengimbas capjarinya terletak di belakang dan ia ada satu speaker sahaja. Ada dua warna boleh dipilih untuk Realme 7i, antara biru dan hijau.

Realme C17

Secara kasar, Realme C17 sangat mirip dengan Oppo A53 yang telah dilancarkan. Persamaannya seperti pemproses Snapdragon 460, skrin LCD 6.5-inci 90Hz HD 720p, bateri 5,000mAh dan pengecas 18W.

Sementara Realme C17 tidak memiliki speaker setero seperti Oppo A53, ia ada lebih kamera belakang iaitu kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera hitam putih 2MP. Kamera hadapannya juga berbeza, 8MP di dalam lubang di sudut atas skrin.

Realme C17 menjalankan sistem operasi Realme UI, berasaskan Android 10. Pengimbas capjarinya terletak di belakang dan ia menerima tiga kad serentak, gabungan dua kad sim nano dan kad mikroSD. Ada dua warna disediakan untuk Realme C17, iaitu biru dan hijau.

Kelebihan terbesar Realme C17 dilihat pada storannya. Ia memiliki storan UFS 2.1 seluas 256GB, bersama RAM LPDDR4x sebanyak 6GB. Peranti lain di bawah RM1,000 dengan storan 256GB ialah Honor 9X Pro.

Harga dan Tarikh Jualan

Telefon pintar Realme 7i dan Realme C17 dijual di Malaysia dengan harga rasmi seperti berikut:

  • Realme 7i (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM 999
  • Realme C17 (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM 899

Realme 7i akan mula dijual hari ini, 13 Oktober 2020 secara eksklusif di Lazada. Pembeli pada hari pertama jualan akan menerima hadiah percuma berupa Realme Powerbank 2 10,000mAh, bernilai RM129.

Manakala jualan Realme 7i di semua kedai dan pengedar Realme, akan bermula pada 17 Oktober 2020. Realme meberikan hadiah percuma berupa fon telinga Realme Buds Classic untuk pembeli pada hari tersebut.

Realme C17 pula masih belum ada tarikh jualan tetapi ia akan datang tidak lama lagi, memandangkan harga dan spesifikasinya sudah diketahui. Realme turut menyatakan, ia akan boleh didapati bersama Digi.

Nantikan pengumuman lanjut menerusi Facebook Realme Malaysia dan Instagram @realmemalaysia.

Tags: RealmeRealme 7iRealme C17
Najib

Najib

POPULAR

Realme 7i dan Realme C17 – telefon pintar baru Realme dengan skrin 90Hz di bawah RM1,000

Realme 7i dan Realme C17 – telefon pintar baru Realme dengan skrin 90Hz di bawah RM1,000

13 October 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN