KEMASKINI 2 April 2018 Tiangong 1 sudahpun jatuh ke bumi sekitar Lautan Pasifik pada jam 08:16 pagi waktu Malaysia (sumber).
Pada November 2017, ada sedikit kekecohan tentang satelit miliki China yang sudah tidak beroperasi lagi dan menjunam sedikit demi sedikit kembali ke bumi tanpa kawalan. Orbit Tiangong-1 kini semakin luput dan agensi angkasa seluruh dunia sudahpun memberi perhatian amat teliti pada satelit itu, termasuklah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Dalam pengumuman terbaru di laman rasmi ANGKASA, ketinggian purata Tiangong-1 dari paras laut setakat 1 April 2018 adalah 172.229km berbanding 184.320km pada 30 Mac 2018. Ia menunjukkan ketinggian Tiangong-1 semakin berkurangan dan akhirnya menimpa bumi.
Tapi sebelum jatuh, ia akan terus mengorbit bumi dan melintasi langit Malaysia.
KUALA LUMPUR – 1 April – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara…
Posted by Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) on Saturday, 31 March 2018
Adakah Penduduk Malaysia Perlu Risau?
Oleh sebab jatuhan Tiangong-1 ke bumi adalah sesuaut yang tak terkawal, hanya ramalan saja maklumat terbaik yang kita ada setakat ini. Menurut pengkaji, mereka meramalkan penembusan ke atmosfera bumi akan berlaku sebelum 3 April 2018.
Pola perubahan orbit Tiangong-1
Lokasi jatuhan juga turut diramal mereka daripada hari ke hari. Ya, memang benar ada potensi ia jatuh ke bumi Malaysia. Tapi, menurut siaran media ANGKASA bertarikh 16 November 2017, kebarangkaliannya jatuh di sini berada pada tahap 0.09%.
Jika itu masih belum cukup melegakan, Tiangong-1 tidak dicipta untuk kemasukan semula ke bumi. Badannya tidak diselaputi bahan tahan panas untuk menampung kenaikkan suhu mendadak akibat geseran dengan atmosfera bumi semasa kemasukan. Makanya, semasa jatuh, satelit itu berkemungkinan besar akan mencair dan tersejat ke udara sebelum mencecah tanah.
Tiangong boleh jatuh dalam mana-mana kawasan berlorek hijau
Sungguhpun begitu, ANGKASA tidak mengambil lewah isu ini dan menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. ANGKASA meyarankan anda supaya:
- Tidak menyentuh atau mengambil sebarang objek yang mencurigakan jika anda syak ia adalah daripada Tiangong-1.
- Hubungi talian 999 dan maklumkan maklumat terperinci pemerhatian anda.
- Rakam apa-apa perkara diluar norma jika anda terlihatnya di angkasa.
- Jangan sebarkan apa-apa berita berkaitan Tiangong-1 selain daripada maklumat daripada pihak berautoriti seperti ANGKASA.