• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google berikrar henti jejak privasi pengguna di pelayar untuk siar iklan

  • OLEH Najib
  • 11:13 am
  • 04/03/2021
  • Komen
Pepijat kritikal di pelayar Chrome ditemui, jejaskan 2 bilion pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Google adalah nama terkenal di dunia internet, apabila mereka sering menawarkan pelbagai produk dan aplikasi secara percuma kepada pengguna. Tetapi dari mana mereka mendapat keuntungan? Ia adalah dari jualan iklan yang disasarkan kepada pengguna, menggunakan maklumat peribadi yang dikumpul dari produk percuma Google.

Google baru-baru ini berikrar untuk menghentikan aktiviti penjejakan pengguna dalam talian, apabila mula menggunakan sistem baru yang mensasarkan iklan tanpa menggunakan ‘cookies’. Google juga tidak akan membangunkan cara lain untuk menjejak maklumat peribadi pengguna.



Ini bukan ‘Cookies’ di Google Chrome. Sumber

Cookies adalah maklumat pengguna yang disimpan oleh laman web. Cookies boleh menyimpan pelbagai maklumat peribadi, antaranya nama, alamat rumah, alamat email, atau nombor telefon.

Pelayar seperti Firefox dan Safari, sudah lama menghentikan penggunaan Cookies pihak ketiga, tetapi ia masih terdapat di pelayar Chrome, pelayar yang paling banyak digunakan di dunia. Menurut StatCounter, Chrome digunakan oleh 63% pengguna di seluruh dunia.



Source: StatCounter Global Stats – Browser Market Share

Sebagai ganti, Google kini sedang menguji cara lain untuk pengiklan memaparkan iklan kepada pengguna sasar, iaitu Federated Learning of Cohorts (FLoC). Cara ini mengenalpasti sekumpulan pengguna dengan minat yang hampir sama, tanpa menjejak pengguna secara individu. Bagaimanapun, ia menerima tentangan banyak perniagaan kerana mengehadkan lagi capaian pengiklanan.

Adakah langkah ini akan merugikan Google? Sebagai pengguna ini bukan masalah untuk difikirkan, tetapi ada masalah lain yang boleh direnung. Google sedikit demi sedikit menghentikan penggunaan percuma produk mereka. Salah satu darinya ialah tiada lagi muat naik tanpa had di Google Photos, bermula Jun 2021. Jadi Google kini cuba mengalihkan pengguna untuk membayar.

[Sumber: Malay Mail]

Tags: GoogleGoogle Chrome
Najib

Najib

POPULAR

Pepijat kritikal di pelayar Chrome ditemui, jejaskan 2 bilion pengguna

Google berikrar henti jejak privasi pengguna di pelayar untuk siar iklan

4 March 2021
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN