Snapdragon telah umumkan Snapdragon Sound, satu inisiatif yang ada kaitan dengan produk audio. Saya lihatnya seperti laptop yang ada cap Intel Evo, untuk terima cap tersebut, sesuatu kriteria perlu dipenuhi, sama juga seperti Snapdragon Sound.
Snapdragon Sound terbahagi kepada beberapa komponen teras.
Kualiti audio bertaraf studio
Untuk berada dalam kelompok Snapdragon Sound, Qualcomm memerlukan ahlinya menyokong Qualcomm aptX Adaptive Audio yang sokong frekuensi pensampelan setinggi 96kHz.
Qualcomm juga perlukan codec audio Qualcomm Aqstic serta sokongan PCM dan DSD pada kadar 384kHz dan 32-bit disamping jika Ia sebuah speaker, ia perlulah ada kuasa output 7.3W dan keatas.
Audio suara yang jelas
Snapdragon Sound juga perlukan produk audio berikan kualiti audio suara yang baik. Produk audio berbilang mikrofon dan penggunaan multimikrofon untuk saring hingar adalah antara keperluan dibawah Snapdragon Sound begitu juga dengan penyaringan hingar dengna bantuan AI.
Kalau produk itu sebuah earfon Bluetooth, ia hendaklah ada aptX Voice Audio untuk berikan julat kedinamikan frekuensi yang luas.
Latensi audio serendah mungkin
Audio wayarles kini menjadi trend. Salah satu benda yang perlukan tambah baik adalah latensi bila gunakan sambungan Bluetooth. Dalam teknologi aptX Adaptive Audio, latensi audio boleh direndahkan sehingga 89ms.
Ciri ini sangat penting untuk golongan gamers yang perlu bergerak balas dalam julat milisaat. Sebenarnya ada beberapa lagi teras yang ada dalam Snapdragon Sound, tapi penerangannya adalah samar-samar.
Seperti yang diterangkan di awal artikel, Snapdragon Sound bukanlah tertakluk kepada satu produk tapi lebih kepada pensijilan. Antara manfaat yang pengguna terima adalah satu tahap audio yang boleh diyakini melalui satu cap yang mudah dikenali.
Sumber: Snapdragon, Anandtech