• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Rentas negeri dibenarkan antara zon PKPP, hanya menaiki kenderaan terpilih

  • OLEH Najib
  • 7:27 pm
  • 09/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini mengumumkan bahawa Kerajaan akan membenarkan aktiviti pelancongan rentas negeri di antara negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kebenaran ini diberikan bawah program Gelembung Pelancongan Bersasar, mulai esok Rabu 10 Mac 2021.

PKPP diadakan di tujuh negeri bermula 2 Mac sehingga 15 Mac 2021, iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis.



Kerajaan juga bersetuju untuk untuk menukar status Pulau Langkawi kepada zon PKPP mulai esok, walaupun negeri Kedah masih di bawah PKPB. Ini kerana tiada pertambahan kes Covid-19 di kawasan itu dan ia telah bertukar kepada zon hijau.

Bagaimanapun, pergerakan ini dibenarkan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan. Sebaliknya, hanya boleh menggunakan kenderaan pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) seperti bas pelancongan



Selain itu, kenderaan pelancongan tersebut perlulah mendapat kebenaran dari pihak polis sebelum bergerak. Ia juga dilarang singgah ke negeri di bawah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), jika terpaksa melintasi negeri tersebut.

SOP lain yang harus diikuti juga adalah, lokasi penginapan dan premis pelancongan juga perlu mendapat kelulusan dari MOTAC. Orang ramai yang mahukan maklumat lanjut mengenai SOP terbaharu, boleh merujuk MOTAC dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

[Sumber: Sinar Harian]

Tags: COVID-19pkpPKPBPKPP
Najib

Najib

POPULAR

PKP: Rentas negeri dibenarkan antara zon PKPP, hanya menaiki kenderaan terpilih

9 March 2021
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN