• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

#BoBoiBoyBeyond10 tular sempena ulangtahun ke 10 BoBoiBoy, menampilkan Episod 1 Extended Version

  • OLEH Najib
  • 7:58 pm
  • 15/03/2021
  • Komen
#BoBoiBoyBeyond10 tular sempena ulangtahun ke 10 BoBoiBoy, menampilkan Episod 1 Extended Version
Share on FacebookShare on Twitter

13 Mac 2021 menandakan 10 tahun BoBoiBoy bersiaran di teelvisyen. Sempena itu, Monsta mengajak peminat untuk bersama-sama meraikannya dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun bertemakan, ‘BoBoiBoy Beyond‘.

Sambutan BoBoiBoy Beyond dimulakan dengan tayangan semula episod 1 musim pertama BoBoiBoy, dengan tambahan 5 minit adegan baru. Adegan ini memperlihatkan hubungan antara BoBoiBoy dengan ayahnya, Amato. Episod yang lebih panjang ini telah dimuatnaik di saluran YouTube Monsta pada 14 Mac 2021.



Dalam masa 24 jam, episod ini telah mencecah 3 juta tontonan dan hampir 2 ribu perkongsian di Facebook Rasmi BoBoiBoy. Anda boleh menonton episod khas ini di bawah.

“Sambutan ulang tahun BoBoiBoy yang ke-10 ini bakal diraikan sepanjang tahun 2021. Episod khas BoBoiBoy Extended Version Episod 1, Musim 1 ini hanyalah permulaan dari kami sebagai hadiah kepada para peminat setia BoBoiBoy dan Monsta,” kata Nizam Abd Razak, CEO Monsta di laman Facebook rasminya tempoh hari.



Selain di YouTube, episod khas ini bakal ditayangkan di stesen TV3 di Malaysia, dan di stesen RTV di Indonesia pada bulan Mac 2021.

BoBoiBoy bersama ayahnya Amato

Tidak lama lagi, peminat akan boleh menonton tayangan khas klip pendek edisi raya bersempena dengan perayaan Aidilfitri pada bulan Mei nanti. Tidak ketinggalan juga, filem BoBoiBoy Movie 3 kini dalam proses pembikinan awal dan dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada tahun 2022.

BoBoiBoy, animasi adiwira kanak-kanak yang bermula siarannya di Malaysia, kini berjaya menembusi lebih 70 buah negara di seluruh dunia antaranya Korea, China, Turki dan Amerika Syarikat. Peminat boleh menjangkakan lebih banyak hadiah dari Monsta sempena sambutan 10 tahun BoBoiBoy dengan mengikuti tanda pagar #BoBoiBoyBeyond10 di media sosial.

Tags: BoBoiBoyMonsta
Najib

Najib

POPULAR

#BoBoiBoyBeyond10 tular sempena ulangtahun ke 10 BoBoiBoy, menampilkan Episod 1 Extended Version

#BoBoiBoyBeyond10 tular sempena ulangtahun ke 10 BoBoiBoy, menampilkan Episod 1 Extended Version

15 March 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER