• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Ketahui cara elak jadi mangsa gangguan seksual melalui aplikasi Truecaller

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:52 pm
  • 19/03/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana sahaja, ia termasuklah di lokasi awam, tempat bekerja, Universiti, bahkan ada juga yang berlaku melalui telefon pintar.

Jika di kawasan awam, mangsa boleh melakukan pelbagai tindakan seperti menjerit dan lari. Namun, bagaimana caranya untuk pertahankan diri jika diganggu menerusi telefon pintar?



Ciri aplikasi Truecaller bantu selamatkan mangsa gangguan seksual

Sebagai satu langkah berjaga-jaga, individu boleh memuat turun aplikasi pengenalan ID pemanggil dan penghalang spam dari Sweden, Truecaller. Ia menawarkan ciri ID pemanggil dan dapat mengenal pasti nombor yang tidak dikenali dari individu atau syarikat sebelum pengguna menerima panggilan tersebut.

Melalui ciri ini, pengguna dapat melihat identiti sebenar setiap panggilan tidak kira di mana mereka berada, sama ada panggilan tersebut adalah daripada mudah alih atau prabayar.



Aplikasi ini juga mempunyai aspek komuniti yang unik untuk melaporkan nombor dalam masa sebenar bagi melindungi pengguna-pengguna Truecaller lain.

Selain itu, Truecaller juga menyediakan ciri penghalang spam, ia mampu melindungi pengguna daripada panggilan dan SMS yang tidak diingini. Mesej biasa dan mesej spam juga akan diasingkan melalui Trucaller.

Mangsa gangguan seksual boleh memanfaatkan gabungan ciri-ciri ini untuk menghalang individu yang mengganggu mereka melalui telefon.

Aplikasi ini juga membantu penguatkuasa menyelesaikan banyak masalah jenayah di seluruh dunia. Dalam satu kes di Nigeria, seorang kanak-kanak perempuan menggunakan telefon penculik secara senyap menghubungi sepupunya untuk meminta pertolongan.

Sepupunya itu kemudian berikan nombor penculik kepada bapanya dan identiti suspek dapat dikesan melalui aplikasi Truecaller.

Kempen anti gangguan seksual

Selain itu, Truecaller juga telah melancarkan kempen tahunan anti gangguan seksual di Malaysia iaitu #ItsNotOk bersempena bulan Wanita Sedunia. Kempen ini dahulunya bermula di India, ia telah berkembang di 7 buah negara termasuk Malaysia, Brazil, Colombia, Mesir, Kenya dan Indonesia.

Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan mangsa melaporkan tentang gangguan seksual, terutamanya yang berlaku melalui panggilan telefon atau pesanan ringkas.

Menurut statistik daripada Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), terdapat 162 aduan mengenai gangguan seksual pada 2020, kenaikan mendadak sebanyak 218% daripada jumlah keseluruhannya dari tahun 2017 hingga 2019.

Daripada kes-kes gangguan seksual yang dilaporkan, sebanyak 54% bertindak memberitahu kawan, 51% memaklumkan kepada ahli keluarga dan hanya 15% melaporkannya kepada pihak polis.

Pelbagai faktor yang mengakibatkan mangsa tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa, namun isu ini ternyata membimbangkan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada mangsa.

Sekiranya anda pernah mengalami gangguan seksual dan memerlukan sokongan profesional, anda boleh menghubungi talian bantuan AWAM di 016 237 4221 atau melalui e-mel di [email protected].

Aplikasi Truecaller ini boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store dan Google Play Store.

Tags: Truecaller
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025

Ketahui cara elak jadi mangsa gangguan seksual melalui aplikasi Truecaller

19 March 2021
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER