• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Instagram Reels dikenalkan di Malaysia, kongsi video bermuzik seperti TikTok sehingga 30 saat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:43 pm
  • 23/03/2021
  • Komen
Instagram Reels dikenalkan di Malaysia, kongsi video bermuzik seperti TikTok sehingga 30 saat
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Facebook melancarkan ciri Reels untuk pengguna Instagram di Malaysia. Ciri itu menawarkan keupayaan kepada pengguna untuk mencipta, menemui dan berkongsi video pendek yang disunting dengan audio dan muzik.

Turut diperkenalkan, koleksi lengkap ciri muzik di Facebook dan Instagram yang membolehkan pengguna mengekspresikan diri dengan pelbagai cara dan kreativiti melalui penggunaan katalog lagu antarabangsa dan tempatan dalam video peribadi yang mereka cipta.



Video Reels di Instagram maksimum 30 saat

Menurut Erin Pettigrew, Ketua Produk Instagram, dengan adanya ciri Reels ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk mencipta dan menikmati video dengan cara yang mereka inginkan.

Ciri Reels membolehkan pengguna berkongsi kandungan video pendek dilapisi muzik dengan para pengikut masing-masing serta membolehkan ia mudah ditemui oleh komuniti Instagram global yang besar melalui tab Terokai (discover) dan tab Reels.



Selain itu, tab khusus untuk Reels pada profil pengguna juga akan tersedia. Video Reels boleh dikongsi di Instagram melalui feeds (suapan), stories, close friend, atau hanya dengan rakan melalui mesej.

Saya dapati pada Instgaram saya sudah ada ciri Reels. Tempoh sesebuah video Reels adalah maksimum 30 saat sahaja berbanding TikTok maksimum 60 saat.

Ciri Reels ini menawarkan pelbagai alat penerbitan untuk menghasilkan video kreatif dan menyeronokkan. Antaranya ialah:

  1. Tempo – Pilihan untuk mempercepat atau memperlahankan bahagian video atau audio yang anda pilih.
  2. Pemasa dan Kiraan Balik – Tetapkan pemasa untuk merakam sebarang klip anda secara bebas tangan.
  3. Teks dan Pelekat Stiker mengikut waktu – Tambah teks atau pelekat stiker pada saat tertentu dalam video Reels.
  4. Mencantikkan (Touch-Up) – Menambah kesan kesempurnaan pada kandungan video.

Ciri Reels kini terdapat di lebih 50 negara di seluruh dunia. Ia menyediakan koleksi muzik lebih 90 negara serta mempunyai puluhan juta lagu yang dilesenkan.

Muzik di Facebook & Instagram akan ditambah baik

Selain daripada ciri Reels, di aplikasi Facebook dan Instagram juga akan ada penambahan yang menarik untuk perkongsian pengguna yang melibatkan muzik. Antara pembaharuan yang tersedia ialah:

  1. Perluasan pustaka audio yang membolehkan pengguna menggunakan muzik berlesen ketika suntingan video dalam aplikasi
  2. Penggunaan pelekat muzik (sticker) untuk stories pada Facebook dan Instagram
  1. Akan ada lirik muzik di Stories Facebook dan Instagram
  2. Muzik pada profil Facebook dan Instagram

Dengan adanya penambahan ciri sedemikian, sudah tentu semakin ramai pengguna berkarya dengan kreatif menggunakan ciri muzik di Instagram dan Facebook.


Tags: FacebookFacebook MusicinstagramInstagram Reels
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Instagram Reels dikenalkan di Malaysia, kongsi video bermuzik seperti TikTok sehingga 30 saat

Instagram Reels dikenalkan di Malaysia, kongsi video bermuzik seperti TikTok sehingga 30 saat

23 March 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER