• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Malaysia perkenal monitor, lampu monitor dan speaker bluetooth baru

  • OLEH Najib
  • 5:02 pm
  • 24/03/2021
  • Komen
Xiaomi Malaysia perkenal monitor, lampu monitor dan speaker bluetooth baru
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia membanjiri produk mereka di Malaysia dengan pengumuman tiga lagi produk baru. Produk tersebut adalah Mi 23.8-inci Desktop Monitor 1C, Mi Computer Monitor Light Bar dan Mi Portable Bluetooth Speaker (16W).

Ketiga-tiga produk akan mula dijual di Malaysia pada 26 Mac 2021 di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee, serta di semua Mi Store dan pengedar sah Xiaomi di Malaysia.



Mi 23.8″ Desktop Monitor 1C

Monitor ini berukuran 23.8-inci dengan resolusi HD Penuh. Menggunakan panel IPS, ia memiliki sudut pandang seluas 178-darjah. Monitor ini juga sangat nipis, dengan ketebalan hanya 7.3mm dan 3 sisi berbingkai nipis untuk pengalaman yang menarik.

Kadar penyegaran skrin ini hanya 60Hz dan masa tindakbalas 6ms. Ia memiliki penegak boleh ubah ketinggian dan boleh diubah sedikit sudutnya, 15-darjah ke belakang dan 5-darjah ke hadapan. Monitor ini menerima sambungan HDMI dan VGA.



Mi 23.8-inci Desktop Monitor 1C akan dijual di Malaysia dari 26 Mac 2021 pada harga RM699. Ia boleh didapati di Lazada, Shopee dan Mi Stores.

Mi Computer Monitor Light Bar

Perkakas ini lebih kepada perhiasan dan memberikan suasana yang lebih tenang untuk pengguna. Lampu yang boleh diletakkan di atas monitor ini memancarkan cahaya ke bawah dan membantu mengurangkan silau atau pantulan cahaya yang mengganggu di skrin.

Ia juga boleh dikawal tanpa wayar dengan tahap kecerahan dan suhu lampu boleh diubah mengikut kesukaan pengguna. Jika kreatif, ia sebenarnya boleh digunakan di mana sahaja.

Mi Computer Monitor Light Bar ini berharga RM159 dan dijual di Malaysia dari 26 Mac 2021. Ia boleh dibeli di Lazada dan Shopee, serta di Mi Stores.

Mi Portable Bluetooth Speaker (16W)

Mahukan speaker mudahalih berkuasa tinggi? Anda kini boleh mendapatkan Mi Portable Bluetooth Speaker 16W. Ia boleh menghasilkan bunyi dengan kuasa 16W dan boleh dipilih antara 2 mod, normal dan deep bass.

Speaker ini datang dengan bateri sehingga 13 jam, mikrofon terbina untuk membuat panggilan serta kalis air IPx7. Ia boleh dipilih antara 2 warna antara hitam dan biru.

Orang ramai boleh membeli Mi Portable Bluetooth Speaker (16W) pada harga RM169 dari 26 Mac 2021 di Lazada, Shopee dan Mi Stores.

Tags: Mi 23.8 Desktop Monitor 1CMi Computer Monitor Light BarMi Portable Bluetooth Speaker 16Wxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi Malaysia perkenal monitor, lampu monitor dan speaker bluetooth baru

Xiaomi Malaysia perkenal monitor, lampu monitor dan speaker bluetooth baru

24 March 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER