• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple kata hormati privasi penggunanya, tapi mereka sama teruk saja dengan Google

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:09 pm
  • 29/03/2021
  • Komen
Apple kata hormati privasi penggunanya, tapi mereka sama teruk saja dengan Google
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu kajian yang dijalankan seorang professor University of Dublin tentang privasi di telefon pintar. Dia membandingkan data pengguna yang dikumpulkan oleh sebuah telefon Android dan iPhone. Anda boleh bacanya di sini. Kalau anda kesuntukan masa ini adalah ringkasannya.

Apple canang iPhone sebagai telefon yang menjaga privasi

Apabila membandingkan jenis data yang dikumpulkan Apple dan Google, dia dapati yang tiada satu pihak pun yang menghormati privasi penggunannya. Contohnya, walaupun anda ada pilihan untuk opt-out daripada proses pengumpulan data, proses mengumpul tetap dijalankan oleh kedua-dua pengeluar telefon.



Jenis data yang dikumpul walaupun pengguna opt-out daripada program megumpul data

Kedua-dua telefon diuji dalam tiga keadaan iaitu:

  1. Kali pertama dihidupkan bila beli ataupun factory reset dilakukan
  2. Semasa telefon dalam keadaan idle, tidak digunakan
  3. Semasa pengguna lancarkan setting
Bermacam maklumat unik dihantar kepada pelayan Google

Contohnya, adalah mustahil untuk lakukan proses pengaktifan apa-apa peranti Apple tanda anda terlebih dahulu sambungkannya pada Internet (Wi-Fi/data telco). Sejurus dihidupkan, nombor ID unik akan terus dihantar kepada pelayan Apple. Di kem Android, anda boleh aktifkan telefon tanpa berhubung dengan Internet, tapi sejurus mendapat peluang, ia akan hantar data nombor MAC, siri telefon, dan IMEI kepada pelayan Google.



iPhone turut hantar maklumat unik peranti sekelilingnya kepada Apple

Untuk ujian apabila telefon berada dalam keadaan idle atau tidak digunakan, kedua-duanya tetap menghantar data kepada pengeluar masing-masing. iPhone menghantar data sekurang-kurangnya setiap 2 hari dan ia mengandungi pelbagai maklumat unik telefon tersebut. Lebih parah, nombor MAC peranti yang berada dalam rangkaian LAN sama juga dihantar. Peliknya, Android tidak pula lakukan sedemikian.

Google, walaupun nampak macam baik setakat ini, ada buruknya. Sebuah telefon Pixel 2 hantar data kepada Google setiap 6 jam dan ia mengandungi pelbagai data unik. Bukan itu saja, APP Google yang hadir terpasang seperti Nexus Launcher dan Clock juga masing-masing lakukan kerja memungut dan menghantar data.

Kemudian, kedua-dua Apple dan Google menghantar data unik produk masing-masing ke pelayan bila ruangan Setting dilancarkan. Malahan, Google mengetahui sama ada telefon itu berada dalam keadaan Rooted ataupun tidak.

Kesimpulannya, tak perlu bangga dengan privasi bila gunakan peranti pintar zaman ini.

Tags: appleGooglekeselamatanprivasi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple kata hormati privasi penggunanya, tapi mereka sama teruk saja dengan Google

Apple kata hormati privasi penggunanya, tapi mereka sama teruk saja dengan Google

29 March 2021
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

Nanti dulu! Ini sebab utama anda tak perlu tukar MyKad baharu buat masa ini

21 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN