Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Apple canang iPhone sebagai telefon yang menjaga privasi

Apple telah menerbitkan satu iklan baru di saluran YouTube mereka. Kali ini mereka mengetengahkan perihal keutuhan keselamatan yang ditawarkan produk mereka.

Produk yang tidak mengutamakan keselamatan didemonstrasikan seperti menghebohkan carian Internet pengguna, membocorkan data lokasi kepada orang sekeliling, malahan membocorkan apa yang anda taip atas papan kekunci.

Menggunakan frasa “Sesetengah perkara tak sepatutnya dikongsi” pihaknya mempromosikan iPhone sebagai peranti yang meletakkan privasi sebagai perkara utama kepada penggunanya.

Tidak dinafikan sistem operasi iPhone lebih selamat daripada pesaingnya. Contoh paling ketara adalah pengguna tidak boleh sideload APP secara manual sebaliknya semuanya perlu melalui Appstore. Kemudian, persekitaran sandbox setaip APP yang dipasang dalamnya menyebabkan data tidak dikongsi antara satu sama lain.

Namun, ia tidak bermakna iPhone bebas daripada masalah privasi. Contohnya, mereka menggunakan suara sebenar yang dirakam daripada iPhone pengguna tanpa pengetahuan untuk melatih Siri.

Itu belum masuk perihal kerentanan sistem operasi. Dalam bulan Februari 2019 lalu, pepijat pada Facetime membolehkan pemanggil mendengar audio orang yang dipanggil sebelum panggilan dijawab.

Dalam bulan Jun 2020, fungsi Sign in with Apple ada kerentanan apabila pihak ketiga boleh memasuki sesuatu akaun Apple pengguna dengan mengeksploitasi masalah token pada sistem tersebut.

BACA  Polisi baru kerajaan ini boleh memperlambat baik pulih sambungan Internet anda