fbpx

Apple mohon maaf masalah Facetime, kemaskini dilepaskan tidak lama lagi

Minggu lepas heboh di internet apabila pepijat ditemui di aplikasi Apple Facetime. Ia membolehkan pemanggil mendengar suara orang dipanggil, tanpa perlu menjawab panggilan.

Untuk menghalang masalah ini dari berleluasa, Apple mematikan fungsi Group Facetime sebagai penyelesaian jangka pendek. Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi, memohon maaf atas masalah tersebut dan berjanji akan menyelesaikannya secepat mungkin.

Berikut ialah kenyataan rasmi Apple kepada Macrumors.

We have fixed the Group FaceTime security bug on Apple’s servers and we will issue a software update to re-enable the feature for users next week. We thank the Thompson family for reporting the bug. We sincerely apologize to our customers who were affected and all who were concerned about this security issue. We appreciate everyone’s patience as we complete this process. 

We want to assure our customers that as soon as our engineering team became aware of the details necessary to reproduce the bug, they quickly disabled Group FaceTime and began work on the fix. We are committed to improving the process by which we receive and escalate these reports, in order to get them to the right people as fast as possible. We take the security of our products extremely seriously and we are committed to continuing to earn the trust Apple customers place in us.

Rumusan kenyataan di atas ialah, Apple telah membaiki pepijat keselamatan Facetime di komputer pelayan, dan akan mengeluarkan kemaskini perisian untuk mengaktifkan semula Facetime di peranti tidak lama lagi. Apple berterima kasih kepada keluarga Thompson yang menemui pepijat ini. Apple jugajuga mem maaf atas masalah ini dan menghargai kesabaran pengguna menanti penyelesaian masalah ini dikeluarkan.

Menurut laporam CNBC, Apple memberi kredit kepada seorang remaja berusia 14-tahun yang menemui pepijat ini. Beliau menemuinya ketika membuat panggilan Facetime kepada kawannya. Bagaimanapun, ibu beliau, Michele Thompson memberitahu CNBC, beliau tidak menerima sebarang maklumbalas dari Apple selepas melaporkan pepijat tersebut.

BACA  Sirius, TV Satelit baru akan tiba di Malaysia bulan depan

[Sumber: Macrumors, CNBC]