• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hot Gadgets pengedar tunggal A&S, Geneva dan Ultimate Ears di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:54 pm
  • 06/04/2018
  • Komen
Hot Gadgets pengedar tunggal A&S, Geneva dan Ultimate Ears di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat produk audio, nama Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd pasti tidak asing lagi. Mereka merupakan pengedar tunggal beberapa jenama audio terkenal seperti AKG, JBL, Harman Kardon, Mark Levinson dan Revel di Malaysia.

Kini Hot Gadgets melebarkan lagi sayap mereka apabila mengumumkan tiga lagi jenama telah melantik mereka untuk menjadi pengedar tunggal di Malaysia iaitu A&S, Geneva dan Ultimate Ears.



A&S adalah jenama peralatan elektrik di rumah yang menyediakan pelbagai produk yang mampu dimiliki. Untuk permulaan, dua jenis produk dibawa ke pasaran Malaysia iaituTV LED dan penghawa dingin.

Pengedaran produk A&S akan diuruskan oleh anak syarikat Hot Gadgets, iaitu Ng Tiong Seng Corporation Sdn Bhd. Produk A&S akan boleh dibeli dalam talian menerusi www.aandss.com serta di kedai biasa. Senarai model TV LED A&S dan harga adalah seperti berikut:



  1. A&S 49″ LED FULL HD TV H49FNMY100 – SRP RM 1,399
  2. A&S 43″ LED FULL HD TV H43FNMY100 – SRP RM 1,099
  3. A&S 32″ LED HD TV H32FNMY100 SRP – SRP RM 799

Selain TV LED dan penghawa dingin, beberapa lagi produk lain A&S akan dibawakan dalam masa terdekatseperti peti sejuk dan mesin basuh. A&S juga akan menyertai kempen ulang tahun Lazada yang akan diadakan pada 25-27 April nanti. Beberapa promosi eksklusif boleh dinantikan di waktu itu.

Geneva pula adalah sebuah syarikat audio hi-fi, antara yang terawal membawakan muzik digital kepada orang ramai hampir sedekad dahulu. Geneva juga menerima pelbagai anugerah untuk produk mereka dengan teknologi inovatif, rekaan minimalis dan kejuruteraan Swiss.

Produk Geneva yang boleh didapati di Malaysia antaranya adalah dari siri Touring dan juga Acustica. Senarai penuh produk Geneva dan harganya adalah seperti berikut:

  1. Touring/L – RSP RM 1,499
  2. Touring/M – RSP RM 1,099
  3. Touring/S – RSP RM 749
  4. Touring/xS – RSP RM 599
  5. Acustica – RSP RM 1,099

Ultimate Ears pula adalah jenama audio berkualiti tinggi dari Amerika Syarikat, yang telah diambil alih oleh Logitech. Kini di Malaysia, pengedarannya akan diuruskan oleh Hot Gadgets.

Beberapa produk popular Ultimate Ears adalah seperti pemebsar suara Megaboom dan Boom 2. Produk baru Ultimate Ears yang pertama kali dibawakan oleh Hot Gadgets adalah versi kompak Boom, yang dipanggil Wonderboom.

Sama seperti siri Boom yang lain, Wonderboom adalah speaker mudah alih dan kalis air IP67. Ia boleh menjadi penghibur untuk parti di kolam renang, ataupun di dalam bilik mandi sendiri. Apatah lagi dengan pilihan warnay yang pelbagai, pasti menjadi daya penarik.

Produk Ultimate Ears yang diedarkan Hot Gadgets dan harga jualannya adalah seperti berikut:

  1. Megaboom – SRP RM 999
  2. Boom 2 – SRP RM 768
  3. Wonderboom – SRP RM 399

Untuk lebih maklumat berkaitan produk yang diedarkan oleh Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, boleh layari Facebook Hot Gadgets atau hubungi mereka di talian 03 51627318.

Tags: A&SGenevaHot GadgetsUltimate Ears
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Hot Gadgets pengedar tunggal A&S, Geneva dan Ultimate Ears di Malaysia

Hot Gadgets pengedar tunggal A&S, Geneva dan Ultimate Ears di Malaysia

6 April 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER