• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cabotage mungkin sebabkan Malaysia terlepas peluang untuk sertai Echo dan Bifrost

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:56 pm
  • 01/04/2021
  • Komen
Cabotage mungkin sebabkan Malaysia terlepas peluang untuk sertai Echo dan Bifrost
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Internet Exchange (MyIX) sangat menyarankan untuk kerajaan Malaysia supaya pertimbangkan semula pemansuhan pengecualian cabotage terhadap kapal yang selenggara kabel dasar laut.

Kalau anda belum dengar berita, Facebook dan Google sedang wujudkan dua siratan kabel dasar laut (Echo dan Bifrost) yang menghubungkan benua Amerika Utara terus dengan Singapura dan Indonesia. MyIX melihat pengumuman ini satu kerugian besar buat negara kerana nama kita boleh tersenarai sebagai salah satu lokasi pendaratan kabel dasar laut, jika pengecualian cabotage masih ada.



Menurut mereka lagi, ekonomi digital dijangka menyumbang kepada 22.6% GDP negara serta kira-kira 500,000 pekerjaan baru. Untuk tujuan tersebut, kita perlukan satu sambungan Internet yang kukuh, lebih-lebih lagi jika sambungan tersebut mengangkut trafik terus daripada benua Amerika.

Sumber

Menurut Facebook, siratan kabel ini akan mempertingkat kapasiti trafik transpasifik kepada 70% lebih tinggi berbanding sekarang. Ia selari dengan pertumbuhan pesat serta permintaan tinggi terhadap perkhidmatan yang menggunakan 4G, 5G serta Internet jalur lebar.



Lebih menarik, ini adalah kabel dasar laut pertama yang hubungkan Singapura dan Indonesia dengan benua Amerika. Salah satu kabel dasar laut itu, Echo, dijangka akan mula beroperasi pada Suku 3 2023 dan melibatkan panjang kabel 17,184km.

Sumber: Gambar Pemuka

Tags: cabotageFacebookGooglemyix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cabotage mungkin sebabkan Malaysia terlepas peluang untuk sertai Echo dan Bifrost

Cabotage mungkin sebabkan Malaysia terlepas peluang untuk sertai Echo dan Bifrost

1 April 2021
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN