• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara Pantas Membidik Arah Kiblat Walau Dimana Jua

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:48 pm
  • 11/04/2018
  • Komen
Cara Pantas Membidik Arah Kiblat Walau Dimana Jua
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa bermusafir terutama keluar negara, arah kiblat adalah antara cabaran yang dihadapi. Jika di Malaysia, surau dan masjid bertebaran di serata pelosok menjadikan mencari arah kiblat sesuatu yang trivia di sini.

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita guna untuk mencari bearing kiblat, daripada kompas hinggalah merujuk ke langit. Tapi, telefon yang ada dalam poket anda sekarang juga boleh membantu.



Tanya Saja Google

Kalau anda masih tak tahu, Google ada menyediakan fungsi carian kiblat terus melalui pelayar web. Masuk saja ke:

https://qiblafinder.withgoogle.com



Laman web ini akan meminta kebenaran untuk mengakses lokasi anda. Anda perlu berikan kebenaran ini untuk mencari bearing ke Kaabah daripada lokasi anda.

Selesai memberi kembenaran, Qibla Finder akan terus memberikan bacaan arah kiblat kepada anda.

Kalau tiada capaian Internet bagaimana?

Benar, Qibla Finder memerlukan capaian Internet untuk berfungsi. Jika telefon anda berada di luar talian, anda boleh gunakan APP ini untuk mencari kiblat.

  1. Pergi ke Play Store dan muat turun APP yang bernama “True Bearing“.
  2. Lancarkan APP dan beri kebenaran kepada APP untuk mengakses lokasi.
  3. Masukkan koordinat kaabah dalam ruang yang disediakan. Menurut Google Maps, koordinat kiblat adalah pada Latitud 21.422502 dan Longitud 39.826191.
  4. Selepas koordinat dimasukkan, APP akan menunjukkan jarak anda ke kaabah dalam satu garis lurus.
  5. Tekan kotak jarak itu untuk menyimpan lokasi kaabah.

Menggunakan kaedah ini, anda boleh mencari arah kiblat tidak kira anda berada di bahagian mana bumi selagi anda menerima isyarat GPS.

[Sumber: Gambar Muka]

Tags: arah kiblatcara cari arah kiblatfeaturekiblatkompas kiblatmeccamekahtips & trickstips and trickstips dan tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara Pantas Membidik Arah Kiblat Walau Dimana Jua

Cara Pantas Membidik Arah Kiblat Walau Dimana Jua

11 April 2018
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN