Peneraju industri dron komersial dunia, DJI, telah memperkenalkan DJI Air 2S. Pada sudut spesifkasi, ia boleh dianggap sebagai pengganti kepada DJI Mavic Air 2 yang dilancarkan syarikat itu dalam bulan April 2020 lalu. Kedua-dua mereka berkongsi spesifikasi hampir serupa tapia da beberapa naik taraf boleh anda temui pada Air 2S.
DJI Air 2S masih kekalkan sistem pesawat seperti generasi sebelumnya. Ukuran pepenjuru masih dikekalkan pada 302mm manakala beratnya beza cuma beberapa gram daripada yang sebelumnya. Kenaikan berat itu mungkin disumbang oleh kelengkapan kamera yang lebih berat.
Ia mampu terbang lebih pantas dengan jarak operasi 5,000m dari paras laut. Bateri 3,500mAh yang dikendongnya mampu bekalkan tenaga selama 31 minit lamanya. Pada sudut sensor keselamatan, ia ada sensor depan, belakang, atas, dan bawah untuk beri amaran kepada pilot tentang apa-apa saja halangan yang dikesannya.
Dron ini telah gantikan OccuSync 2 kepada 3 untuk kualiti komunikasi antara pilot dengan pesawat yang lebih utuh.
Bahagian kamera dilihat sebagai penambahbaikan siginifikan. Ia kini dilengkapi kamera bersensir 1” 20MP. Masih mengekalkan resolusi 20MP, tapi keupyaan video telah ditambah baik kerana bitrate telah naik kepada 150Mbps yang bermakna kualiti video tentu lebih tinggi berbanding Mavic Air 2 yang asal.
Tak terhenti di situ, resolusi rakaman video turut lebih besar pada model kali ini. Anda boleh merakam video sehingga 5.4K@30 disamping 4K UHD pada kadar sehingga 60fps.
Harga DJI Air 2S
DJI Air 2S sudahpun disenaraikan dalam gedung dalam talian Shopee dan Lazada. Untuk dron sahaja, and aboleh dapatkanya pada harga RM4,499.
Fly More Combo pula dijual pada harga RM5,799 padanya anda akan terima 6 pasang bilah kipas, penyesuai bateri kepada powerbank, ND Filter, dan 2 bateri tambahan.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.